Mira Filzah Jawab Aksi 'Gedik' Lagu Hindustan

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 6:00 AM

Mira Filzah sentiasa berwaspada muat naik gambar di Instagram.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah menganggap video-video dia menari sambil meniru lagu Hindustan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan penampilannya sebagai wanita bertudung.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang salah selagi ia tidak mempauai batas-batas sebagai seorang wanita muslimah.

"Saya memang minat lagu-lagu Hindustan sejak kecil lagi, keluarga saya tahu tentang itu. Cuma pada pandangan netizen ia tidak sesuai kerana saya bertudung.

"Selagi saya rasa ia tidak keterlaluan dan saya tahu batasnya tiada masalah," ujarnya kepada mStar Online.

Mira menjawab tentang kritikan yang manganggap dia sebagai wanita 'gedik' dalam video-video meniru gaya dalam lagu Hindustan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Mira anggap beberapa video 'miming' lagu Hindustan tidak keterlaluan.

Netizen turut menganggap perkara tersebut tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.

Dalam pada itu, pelakon Cinta Si Wedding Planner ini berkata, dia juga agak berhati-hati dalam berkongsi perkara melibatkan privasi keluarganya di laman sosial.

Kata aktres ini, dia tidak mahu ahli keluarga yang lain terkena tempias dan kritikan yang tidak sepatutnya daripada netizen.

"Saya cukup berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di laman sosial kerana saya tidak mahu ibu saya rasa sedih. Saya tidak mahu keluarga terkena tempiasnya.

"Kalau mereka kritik tentang saya tidak mengapa kerana saya sudah biasa dan tahu tentang industri," ujarnya.

Sementara itu, bercakap soal cinta, Mira berkata, ibu dan bapanya sering memberi nasihat agar berhati-hati dalam berkawan dengan mana-mana lelaki.

Katanya, mereka terlalu bimbang tentang niat tertentu seseorang yang ingin berkawan dengannya.

"Ibu sangat bimbang dan selalu nasihatkan saya agar berhati-hati berkawan dengan mana-mana lelaki. Saya faham dia takut niat tidak baik orang yang kita tidak kenali.

"Setakat ini memang saya jaga batasan untuk berkawan rapat dengan lelaki dan saya akan beritahu awal-awal jika saya hanya ingin berkawan sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mira juga bakal mengacarakan sebuah program realiti nyanyian berjudul Tiga Juara yang bakal disiarkan di TV3.
Tags / Kata Kunci: Mira Filzah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan