Termasuk Guna Helikopter, Album Anuar Zain Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 5:55 AM

Anuar Zain ketika majlis pelancaran album baharunya berjudul Anuar Zain di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, Isnin.-fotoTHESTAR/RickyLai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain berkata album kelimanya berjudul Anuar Zain menelan belanja termahal yang pernah dihasilkan iaitu mencecah ratusan ribu ringgit.

Anuar Zain Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 46, berkata, kos tersebut melibatkan proses pembikinan lagu, termasuk penghasilan kulit album yang eksklusif. 

"Album ini adalah yang termahal dihasilkan berbanding album-album terdahulu dan boleh dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit.

Anuar Zain uncul album baharu berjudul 'Anuar Zain'.

"Antara kos terbesar ialah dari pembikinan lagu itu dibuat secara teliti dan sesi fotografi menggunakan helikopter bagi mendapatkan gambar eksklusif untuk kulit album ini," ujarnya.

Anuar ditemui pada majlis pelancaran album baharunya itu di Hotel Le Meridien, di sini, pada Isnin.

Bagaimanapun, dia bertuah apabila dibantu dengan beberapa tajaan daripada syarikat korporat termasuk Wonder Glow, Mydin, Skin Glow, ERM dan Cuisine Inspire.

Album tersebut memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sedetik Lebih ini berkata, cabaran utama ialah membuat pemilihan lagu dan bunyi yang bersesuaian.

"Proses mencari lagu agak stress dan untuk mencari bunyi yang diinginkan sehingga saya berpuas hati bukan sesuatu yang mudah.

"Boleh dikira lima kali juga lagu-lagu tersebut untuk diubah bunyi sehingga dapat betul-betul yang saya mahukan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang keadaan industri muzik yang semakin tenat, penyanyi tersebut memberitahu dia tidak pernah memikirkan tentang kerugian.

Katanya, sebagai penyanyi, ia merupakan satu tanggungjawab untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sejak berada dalam industri seni.

"Saya tidak fikir tentang rugi kerana kerana bagi saya ia adalah sebuah tanggungjawab sebagai anak seni kepada peminat-peminat, ia juga tanggungjawab untuk industri seni itu sendiri.

"Insya-Allah, rezeki itu akan datang dari sudut yang lain dan tidak semestinya dengan penghasilan album," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Anuar turut melancarkan klip video lagu berjudul Andainya Takdir yang bakal dimuat naik di YouTube Sabtu ini.

Klip video tersebut turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan