Tasha Mansahar Mengajar Guna Pendekatan Nyanyian

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 6:00 AM

Tasha menggunakan pendekatan teknik nyanyian dalam mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris kepada anak-anak muridnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Mansahar memberitahu sebagai guru dia mengambil pendekatan menggunakan teknik nyanyian dalam mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris kepada anak-anak muridnya.

Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasya Mohd Manshahar, 23, yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Melaka, mengakui cara tersebut lebih berkesan dan mudah diterima oleh pelajar di sekolah berkenaan.

"Sekolah tempat saya mengajar tidak ada guru muzik, jadi saya ambil peluang itu untuk mengajar mereka bahasa Inggeris dengan cara nyanyian.

Tasha kini mengajar di sebuah sekolah di Melaka.
"Saya lihat mereka lebih mudah terima dan lebih berminat serta seronok untuk belajar," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata dia turut membawa gitar dan piano ke sekolah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ragu-Ragu ini berkata, dia sentiasa bersikap tegas dan garang ketika berada di sekolah.

Bagaimanapun, Tasha berkata, masih ada anak-anak muridnya yang meminta tandatangan setiap kali habis waktu belajar.

"Saya buang status sebagai artis dan bersikap tegas dengan anak-anak murid saya.

"Saya mahu mereka menghormati saya sebagai seorang guru dan bukan artis," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang laman sosial, dia mengambil langkah berjaga-jaga apabila ingin memuat naik foto dan status agar tidak menjejaskan kerjayanya sebagai seorang guru.

"Saya selalu akan berfikir panjang sebelum memuat naik status atau gambar kerana jika silap ia akan memberi kesan buruk kepada saya sendiri," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Tasha Mansahar

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan