Sibuk Dan Jarang Berjumpa Punca Gosip Putus Cinta Raja Afiq & Anis Al-Idrus - Berita Hiburan | mStar

Sibuk Dan Jarang Berjumpa Punca Gosip Putus Cinta Raja Afiq & Anis Al-Idrus

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 5:30 AM

Raja Afiq nafi putus cinta dengan Anis Al-Idrus

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz Raja Afiq memberitahu faktor sibuk dengan kerja dan kurang berjumpa dengan kekasihnya pelakon Anis Al-Idrus menjadi punca hubungan tersebut dikatakan sudah berakhir.

Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa, namun kedua-dua mereka kini lebih memberi fokus kepada bidang kerjaya masing-masing.

"Kami macam biasa, tiada apa-apa perkembangan baru tentang hubungan cinta. Gosip putus cinta itu mungkin kerana kami masing-maisng sedang sibuk sekarang.

"Saya tengah obses dengan kerja dan kami juga jarang berjumpa kerana urusan kerja yang padat," ujarnya kepada mStar Online.


Raja Afiq bersama rakan selebriti pada majlis pelancara Naarabelle Facespa.

Raja Afiq ditemui pada majlis pelancaran pusat kecantikan Naarabelle Facespa di Setapak Central, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Raja Afiq berkata, dia dan keksihnya itu masih belum membuat sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya.

"Belum ada lagi rancang untuk berkahwin kerana saya rasa masih lagi muda dan ingin fokus kepada kerjaya lakonan terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu disebabkan cinta kerjaya lakonan yang baru dibina ini terjejas," ujarnya.

Raja Afiq dan Anis mengesahkan bercinta sejak Julai lalu.

Sementara itu, Raja Afiq berkata, dia kini sedang dalam proses menambah berat badan untuk watak utama drama bersiri Tangisan Cinta Amina

Penggambaran drama itu akan bermula pada Ahad dan dia kini terpaksa menukar jadual pemakanannya bagi memastikan berat badannya bertambah.

"Saya kena berisi dan bina badan sedikit sebab kalau saya kurus saya akan nampak seperti budak-budak," katanya

Tags / Kata Kunci: Raja Afiq , Anis Al-Idrus
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan