Kenyataan Bercanggah, Ruhainies Tegaskan Tidak Cinta Azrel Ismail - Berita Hiburan | mStar

Kenyataan Bercanggah, Ruhainies Tegaskan Tidak Cinta Azrel Ismail

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 6:00 AM

Ruhainies menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Azrel Ismail. Foto AFDHAL IRSHAAD

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies menegaskan bahawa dia dan aktor Azrel Ismail tidak pernah menjalinkan hubungan cinta seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24 berkata, dia juga tidak pernah mengakui tentang hubungan istimewa itu sebaliknya lebih selesa berkawan rapat dengan pemuda berkenaan.

Ruhainies lebih selesa berkawan baik dengan Azrel.
"Saya tahu ada kenyataan bercanggah tentang hubungan kami dan secara jujurnya kami tidak bercinta pun seperti dikatakan namun sekiranya ditakdirkan ada jodoh di antara kami saya tidak menolak.

"Bagaimanapun saya menghormati dia sebagai kawan baik dan turut mendoakan agar dia bertemu dengan wanita yang sesuai dengannya," katanya kepada mStar Online.

Ruhainies ditemui pada majlis pelancaran dan pembukaan Naarabelle Facespa yang diadakan di Setapak Central, di sini, Khamis.

Terdahulu, pelakon Menantu Tingtong ini dilaporkan mengesahkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Azrel yang juga pasangannya dalam drama bersiri tersebut menerusi sebuah akhbar minggu lalu.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Azrel yang popular menerusi drama Lelaki Macam Dia itu kecuali menghadiri majlis-majlis hiburan.

"Kami sebenarnya tidak pernah keluar bersama atas urusan peribadi atau sekadar melepak dan kebiasaannya bertemu di majlis-majlis hiburan.

Antara selebriti yang hadir pada pelancaran Naarabelle Facespa.

"Pernah juga kami rancangan untuk berjumpa keluar makan tetapi sehingga hari ini tiada masa tambahan pula kami masing-masing sibuk dengan kerja," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai namanya yang sering terpalit kontroversi, Ruhainies berkata, dia tidak mudah melatah dan cuba menyelesaikan sesuatu keadaan dengan baik.

"Kalau ada isu saya akan cuba selesaikan dan tidak mahu menyembunyikan diri.

"Pada saya lebih tenang jika dapat jelaskan keadaan sebenar daripada membuat orang lain tertanya-tanya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ruhainies , Azrel Ismail
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan