Tak Jadi Bertunang Beri Reyza Hamizan Ilham Cipta 'Bisik'

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 5:40 AM

Reyza mendapat ilham menulis lagu berjudul Bisik daripada pengalamannya sendiri. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Reyza Hamizan memberitahu mendapat ilham menulis single pertamanya berjudul Bisik setelah putus cinta dengan teman wanitanya tiga tahun lalu.

Reyza, 26, berkata, ketika itu mereka sepatutnya melangsungkan pertunangan namun majlis berkenaan dibatal dua minggu sebelum itu selepas mengetahui wanita berkenaan berlaku curang terhadapnya.

"Tiga tahun lalu sepatutnya saya bertunang dengan teman wanita namun ia dibatalkan dua minggu sebelum majlis berlangsung kerana dia mempunyai lelaki lain.

"Ketika itu saya memang kecewa kerana sudah membuat pelbagai persediaan termasuk merancang perkahwinan kami namun kami tiada jodoh.

Reyza turut aktif menghasilkan lagu untuk penyanyi lain selain lagu tema drama.
"Kejadian itu telah memberi ilham kepada saya menghasilkan lagu Bisik dan menyanyikannya sendiri," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Reyza berkata, wang berjumlah RM20,000 yang dikumpul untuk tujuan berkahwin dilaburkan bagi menghasilkan lagu berkenaan.

Katanya lagi, dia kini melihat kejadian itu sebagai mempunyai hikmah kerana dia akhirnya memberanikan diri untuk melaksanakan cita-citanya sebagai penyanyi.

"Sebelum ini saya banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi lain dan kejadian tidak jadi bertunang rupanya membawa hikmah lain.

"Saya memang minat menyanyi cuma sebelum ini tidak berfikir untuk menjadikan karier kerana sibuk dengan tugas menghasilkan lagu," ujarnya.

Sementara itu, Reyza berkata, dia kini sedang bekerjasama dengan pelakon Diana Danielle untuk single keduanya bertajuk Luarbiasa.

Katanya, lagu berkenaan sudah pun siap namun ingin mempromosikan Bisik terlebih dahulu.

"Sebelum ini saya ada menghasilkan lagu untuk Diana untuk projek nyanyiannya dan turut mengambil peluang bekerjasamanya menerusi sebuah lagu duet.

"Insya-Allah dalam tempoh terdekat ini kami akan melancarkan lagu berkenaan," jelasnya.

Reyza sebelum ini pernah menghasilkan dua lagu tema untuk telemovie terbitan Astro berjudul Sekilas Cinta dan Noda Setitik Arak pada tahun 2014 dan 2015.
Tags / Kata Kunci: Reyza Hamizan , Bisik

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan