Dihimpit Kontroversi, Elizabeth Tan Hasil Lagu 'Tabah'

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 6:00 AM

Kritikan dan gosip yang melanda memberi inspirasi kepada penyanyi Elizabeth Tan mencipta lagu terbaharunya, Tabah. Foto SAMUEL ONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kritikan dan gosip yang menghimpit diri penyanyi Elizabeth Tan menjadi inspirasi kepadanya untuk menghasilkan single ketiga berjudul Tabah.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy,23, berkata, pengalaman dilalui menjadikannya seorang yang lebih tabah dan matang berbanding ketika mula-mula muncul sebagai penyanyi dua tahun lalu.

Elizabeth tampill dengan single terbaharu, Tabah.
"Lagu Tabah bukan sebab putus cinta tetapi tentang diri saya yang pernah dihentam dengan pelbagai perkara sejak barada dalam industri.

"Banyak sangat gosip negatif yang tuduh saya gatal, curi suami orang dan tidak boleh menyanyi yang menganggu mental saya.

"Sekarang boleh saya katakan mental saya lebih tabah selepas melalui semua pengalaman itu," ujarnya.

Elizabeth ditemui pada majlis pelancaran video muzik single ketiganya berjudul Tabah di Njoy Cafe, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock ini berkata, dia lebih matang dalam mengawal kritikan dan melihat daripada sudut positif.

"Sekarang saya melihat kritikan atau perkara negatif diperkatakan tentang saya dengan matang, kalau ia benar dan membina saya ambil bagi memperbaiki diri pada masa akan datang.

"Jika sekadar untuk menyakitkan hati sahaja, saya tidak akan layan dan lebih baik diam sahaja," ujarnya.

Elizabeth mengambil kelas vokal, lakonan dan bahasa Indonesia.

Sementara itu, Elizabeth berkata, dia juga akan mengambil beberapa kelas latihan termasuk vokal untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.

Malah katanya, dia turut menyertai kelas lakonan dan bahasa Indonesia sebagai persediaan untuk melebarkan sayapnya di negara berkenaan.

"Sebagai perancangan untuk meningkatkan kerjaya dalam bidang seni saya akan mula masuk kelas vokal, lakonan dan bahasa Indonesia.

"Saya ambil kelas bahasa Indonesia kerana saya nampak peluang menembusi pasaran ke Indonesia luas," katanya.

Dalam perkembangan lain, Elizabeth yang pernah muncul dalam filem arahan Mamat Khalid iaitu Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium bakal muncul dengan sebuah filem baharu dan drama tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Elizabeth Tan , Tabah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan