Shila Lama Lahir Rasa Syukur Ibu Peluk Islam

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 6:00 AM

Shila Lama bersyukur apabila ibunya memeluk agama Islam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan model, Shila Lama Abdullah melahirkan rasa syukur apabila ibunya, Wong Lan Eng, 74, memeluk agama Islam pada majlis Qurban Perdana bersama mualaf yang diadakan di Kampung Cheras Baru dekat sini, Ahad.

Shila yang juga Pengerusi Eksekutif Koperasi Permodalan Mualaf berkata, ibunya itu sudah lama menunjukkan minat terhadap Islam namun mula menyuarakan hasrat melafazkan syahadah sekitar dua minggu lalu.

"Saya sehingga sekarang seakan tidak percaya apabila ibu saya sudah memeluk Islam dan ia saat yang cukup istimewa buat diri saya.

"Alhamdulillah ibu sudah pun melafazkan syahadah dan saya bersyukur kerana akhirnya doa saya selama ini dimakbulkan Allah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Wong telah diislamkan oleh anak lelakinya, Muhammad Johan Haiqal Abdullah, 37 dengan disaksikan Ustaz Kamarudin Abdullah selepas waktu Zohor.

Beliau yang menganut agama Buddha sebelum ini mendapat hidayah memeluk Islam apabila melihat tiga anaknya menjalani kehidupan sebagai Muslim yang taat pada agama.

Ibu shila ketika menghadiri sebuah majlis yang diadakan oleh PERKIM.

"Walaupun anak-anak saya dan cucu beragama Islam, mereka tetap menghormati saya. Jadi itulah menjadi perkara utama saya memilih Islam," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Shila berkata, sebelum ini ibunya sering bertanya pelbagai soalan tentang Islam dan sejak itu dia mula sedar minat wanita berkenaan.

Katanya, walaupun dia tidak pernah memaksa ibunya menukar agama namun dia sering membimbing ibunya sekiranya wanita itu bertanyakan soalan kepadanya.

"Ibu memang sudah lama menunjukkan minat kerana dia sering bertanya pelbagai soalan tentang Islam.

"Apabila dia bertanya saya akan terangkan satu persatu namun tidak pernah memaksanya menukar agama kerana sedar ia perlu datang daripada kerelaan hatinya," jelasnya.

Sementara itu, Shila berkata, ibunya ada menyatakan hasrat untuk menghadiri kelas agama bagi memantapkan lagi kefahamannya tentang Islam.

Tags / Kata Kunci: Shila Lama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan