Tolak Dua Tawaran, Mira Filzah Belum Sedia Berlakon Filem - Berita Hiburan | mStar

Tolak Dua Tawaran, Mira Filzah Belum Sedia Berlakon Filem

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 6:05 AM

Mira Filzah masih belum bersedia untuk berlakon filem walaupun pernah mendapat dua tawaran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah mengakui menolak dua tawaran berlakon filem baru-baru ini kerana merasakan dirinya belum cukup layak.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, berkata, sebagai pendatang baharu masih banyak perkara perlu dipelajari dalam memantapkan lakonannya sebelum benar-benar bersedia berlakon filem.

"Jujurnya saya merasakan belum layak untuk berlakon filem kerana saya masih terlalu baharu dalam industri ini.

"Biarlah saya timba pengalaman terlebih dahulu menerusi drama kerana dari situ saya dapat belajar tentang lakonan dan baharulah saya beralih kepada filem pula.

"Atas dasar itu juga saya menolak dua tawaran filem yang ditawarkan sebelum ini kerana masih belum bersedia," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mira berkata, keputusannya itu juga kerana ingin melakukan terbaik apabila muncul di layar perak kelak.

Katanya dia tidak mahu terburu-buru sehingga pada akhirnya ia memberi kesan negatif kepada karier seninya kelak.

"Pada saya tawaran diberikan adalah tanggungjawab besar dan saya sedar masih belum mampu untuk melaksanakannya," katanya.

Sementara itu, Mira berkata, selain sibuk di lokasi penggambaran beberapa projek dia juga bakal bertindak sebagai pengacara bagi sebuah program realiti tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat mendedahkan lagi perkara berkenaan buat masa ini.

Tags / Kata Kunci: Mira Filzah
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan