Kumpulan Cherpen Jadikan Akim & The Majistret 'Sifu'

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 5:45 AM

Cherpen muncul dengan single Kali Ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan baharu iaitu Cherpen menjadikan Akim & The Majistret sebagai sumber inspirasi dan guru mereka dalam berkarya.

Gitarisnya, Syahir atau nama sebenarnya Muhammad Syahir Muhammad Johri, 25, berkata, mereka sering meminta nasihat dalam apa juga perkara berkaitan muzik dengan penyanyi Akim Ahmad dan ahli-ahli kumpulan Majistret.

"Kami bermula daripada menjadi rakan-rakan Akim & The Majistret dan kami selalu bertanya serta bertukar-tukar pandangan dengan mereka tentang muzik.

"Mereka tidak lokek malah untuk single baharu berjudul Kali Ini, Akim bersetuju membantu kami dengan menulis lirik lagu tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Akim & The Majistret.

Cherpen turut dianggotai oleh Nemo (vokalis), Arip (bass) dan Kimie (drum).

Tambahnya, single terbaharu Kali Ini merupakan percubaan kedua mereka untuk menarik perhatian pendengar muzik tanah air.

Syahir berkata, lagu yang menjadi lagu tema drama Sayangku Kapten Mukhriz itu mula dirakam pada pertengahan tahun lalu.

"Lagu ini ciptaan kami sendiri dan lirik oleh Hang Nadim iaitu Akim dan mula dirakam pada bulan April lalu.

"Ia juga merupakan single kedua kami, sebelum ini iaitu pada 2013 kami ada sebuah single tapi gagal mendapat sambutan," ujarnya.

Sementara itu, Syahir berharap pertaruhan mereka kali ini sedikit sebanyak dapat mencuri perhatian dan menyedarkan masyarakat tentang kewujudan mereka dalam industri seni tanah air.

Tags / Kata Kunci: Cherpen , Akim&TheMajistret

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan