Majlis Nikah Aliff Aziz Tertutup Atas Permintaan Keluarga

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 12:39 PM

Aliff dan Bella disatukan sebagai suami-isteri pada pagi Jumaat. Foto ROHAIZAD MD DARUS

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Aliff Aziz menjelaskan majlis pernikahannya dengan Dayang Nabella, 22, diadakan secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarganya yang mahu ia dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 26, berkata, ia juga merupakan perjanjian yang dilakukan sejak dia mula menceburi bidang seni lagi.

"Saya adakan secara tertutup kerana ia adalah permintaan keluarga kami terutama ibu saya yang mahu ia dihadiri oleh keluarga sahaja.

"Perkara ini sudah dibincangkan sejak saya mula memasuki industri lagi, saya sudah berjanji dengan ibu dan ia juga amanah saya kepada mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Pasangan mempelai kelihatan anggun pada majlis persandingan mereka.

Penyanyi lagu Coba ini ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Top Grove, di sini, malam Jumaat.

Aliff dan Dayang Nabella atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat.

Sementara itu, Aliff berkata, dia bersyukur apabila hubungan yang dijalinkan bersama Bella akhirnya berakhir dengan perkahwinan.

Katanya, dia kini menggalas tanggungjawab besar sebagai suami dan berharap rumah tangga yang dibina mendapat restu dan diberkati.

Aliff turut menyampaikan sebuah lagu istimewa buat isterinya.

"Saya masih rasa macam tidak percaya namun bersyukur apabila hubungan kami sampai ke tahap ini.

"Insya-Allah Walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang tetapi kami akan cuba mengharunginya bersama," ujarnya.

Sementara itu, Bella berkata, dia tidak akan menyekat kebebasan Aliff untuk menyanyi atau berlakon selepas bergelar suami.

"Saya tidak ada halangan atau memberi batasan untuk berlakon selepas kami berkahwin ini kerana itu adalah kerjayanya.

Aliff dan Bella menyerahkan soal anak kepada ketentuan Allah.

"Dia pernah juga bertanya jika dia boleh mengambil watak romantik dan saya tidak kisah malah suruh dia buat lebih baik seperti diminta pengarah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya perancangan untuk menimang cahaya mata, pasangan itu sepakat menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

"Soal anak kalau boleh memanglah mahu cepat tetapi perkara ini kami serahkan kepada rezeki," kata Aliff yang masih belum merancang bulan madu bersama isterinya.

Dalam perkembangan sama, majlis resepsi pasangan itu meriah dengan kehadiran rakan-rakan selebriti seperti Mira Filzah, Aizat, Niena Baharun, Imran Ajmain dan One Nation Emcee.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan