"Hero Sekarang Tiada Standard" - Ako Mustapha

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 6:00 AM

Ako Mustapha ditemui selepas majlis Festival Filem Malaysia ke 28, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ako Mustapha kecewa melihat perkembangan pelakon-pelakon baharu yang memegang watak utama atau hero dalam sesebuah drama kerana  tidak mempunyai standard tertentu.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 44, berkata, kebanyakkan hero baharu yang dipilih oleh stesen televisyen hanya berdasarkan rupa paras semata-mata tanpa menilai kualiti lakonan mereka.

"Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.

"Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Ako, peluang juga seharusnya diberikan kepada pelakon-pelakon baharu yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan.

Katanya, ramai siswa dan siswazah yang mendalami ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan yang tidak mendapat peluang tersebut.

"Ramai graduan yang ada ilmu tentang seni persembahan dan lakonan tapi tidak diberi peluang kerana kekuranga pakej rupa paras.

"Bukan sahaja pelakon, malah pekerja-pekerja di belakang tabir juga saya lihat ramai yang tiada ilmu. Siapa pun boleh bekerja sebagai juru kamera atau pengarah," ujarnya.

Sementara itu, Ako berkata, dia kini memperlahankan kerjaya seninya bagi membei fokus terhadap bidang perniagaan.

Bagaimanapun, dia masih menerima tawaran daripada produksi milik rakan-rakan yang memerlukan khidmatnya sebagai pelakon.

"Saya kurang berlakon dan hanya terima tawaran daripada rakan-rakan sahaja tetapi Insya-Allah, saya akan kembali dalam industri sebagai pengarah dan penerbit tidak lama lagi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ako Mustapha

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan