Hanya Sekali Lafaz, Aliff Aziz Akhirnya Jadi Suami Bella Astilla

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 2:47 PM

Malam berinai Bella dan Aliff diadakan pada malam Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Sayang Sayang Aliff Aziz selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Dayang Nabella, 22, pada pagi Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Awang Astillah dalam sebuah majlis pernikahan di Plaza Jelutung, Shah Alam.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM333 kepada Dayang Nabella atau lebih dikenali sebagai Bella Astilla.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja tanpa pihak media.

Terdahulu, pasangan ini turut mengadakan malam berinai pada malam Khamis di Lavender Garden Hall AJ Bling Star di Ampang.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 Disember 2015 di Cystal Hall, Plaza Jelutong.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di Top Glove Tower, Shah Alam dekat sini bermula pukul 8.30 malam.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan