Shah Iskandar Latih Isteri Jadi Pengurus

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 6:00 AM

Pelakon Shah Iskandar sedang giat melatih isterinya, Siti Sarah untuk menjadi pengurus kerjayanya. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar memberitahu dia ingin melantik isterinya, Siti Sarah Mohd Noor sebagai pengurus bagi memastikan karier seninya bertambah lancar.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut dia kini banyak memberi pendedahan tentang industri seni kepada wanita itu bagi membolehkan dia memahami selok-belok bidang tersebut.

"Sebelum ini dia pernah bertanya dan menunjukkan minat terhadap kerjaya saya selepas melihat cara saya menguruskan kerjaya sendiri yang kadang-kala ada kekurangan dan kelemahan.

Shah lebih selesa kerjayanya diruskan oleh isteri.
"Saya pula memang berniat untuk memintanya menguruskan karier saya kerana rasanya lebih mudah isteri sendiri yang berbuat demikian.

"Alhamdulillah sekarang ini saya banyak memberinya pendedahan tentang industri seni supaya dia dapat belajar perlahan-lahan sebelum tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada isteri," katanya kepada mStar Online.

Shah ditemui pada sidang media pelancaran payung yang diberi nama Payung Padi di Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Shah berkata, bagi membolehkan Siti Sarah memahami aktiviti sehariannya, dia mula membawa isterinya itu ke set penggambaran bagi memberi gambaran tentang kerjayanya sebagai pelakon.

Dengan cara itu juga kata Shah, isterinya dapat bergaul dengan pekerja industri, menambah kenalan selain mengelakkan salah faham apabila dia perlu bergandingan dengan pelakon wanita dalam drama lakonannya.

"Isu cemburu tidak akan wujud sekiranya isteri faham dengan persekitaran kerja saya dan sebab itu saya bawa dia ke lokasi.

"Saya beri pendedahan untuk dia sesuaikan diri dan Alhamdulillah nampaknya dia semakin selesa kerana personalitinya seorang yang agak pemalu," katanya.

Tambah Shah, kehadiran Siti Sarah sebagai pengurusnya banyak membantu melancarkan kerjayanya selain ia lebih terurus.

Shah dan Siti Sarah berkahwin pada 16 Januari lalu. Foto Ihsan PIX2MOTION STUDIO

"Jujur saya memang seorang yang susah angkat telefon dan sekarang isteri yang uruskan semua panggilan diterima.

"Ia memudahkan kerana isteri akan atur jadual program yang perlu saya hadir seperti hari ini, menjawab panggilan media dan produksi yang ingin memberi tawaran berlakon," jelasnya.

Sementara itu, Shah berkata, dia tidak melihat pelantikan isterinya sebagai pengurus akan menimbulkan isu cemburu atau pun terkongkong.

Sebaliknya ia dapat merapatkan hubungan mereka suami-isteri selain lebih mudah kariernya diuruskan oleh individu yang rapat dengannya.

Shah dan Siti Sarah, 30, berkahwin pada 16 Januari lalu pada upacara yang diadakan di The Ballroom At East Coast, Singapura.

Tags / Kata Kunci: Shah Iskandar , Siti Sarah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan