Rosyam Nor Mulakan Misi Jalan Kaki 47.2KM Promosi World #QuranHour

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 11:02 AM

Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer bagi mempromosi program World #QuranHour pada pukul 6.30 pagi tadi. Foto Ihsan Instagram @worldquranhour

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer bagi mempromosi program World #QuranHour yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Ikon Rumah Ngaji itu bergerak dari Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini pada 6.30 pagi Khamis diiringi beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam perjalanan berkenaan, beliau akan berhenti di beberapa lokasi antaranya di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam dan Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Perjalanan tersebut bakal berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak kira-kira 4 petang nanti.

Rosyam berkata beliau bersyukur rancangan beliau untuk berjalan kaki itu mendapat sokongan pelbagai pihak antaranya Polis Diraja Malaysia dan Yayasan Ummah Ikhlas.

"Saya juga ingin mengajak umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia untuk meluangkan masa selama sejam pada 9 pagi (Ahad) untuk bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran," katanya kepada pemberita sebelum memulakan perjalanan.

Beliau turut berharap amalan membaca al-Quran dijadikan aktiviti harian dan tidak hanya dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja.

Kira-kira 6,000 pengunjung dijangka berkumpul di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM sempena program World #QuranHour, bacaan al-Quran serentak di seluruh dunia selama sejam mulai sembilan pagi, Ahad ini.

Program ini merupakan kesinambungan inisiatif sejak 2013 menerusi Program #AktifkanRumahNgaji yang kini memiliki 1,000 pusat di seluruh negara yang menawarkan pengajian al-Quran percuma manakala program #MalaysiaNgaji diadakan pada 24 Ramadan (29 Jun) lalu.

Tarikh 11 Sept dipilih bagi program World #QuranHour kerana ia bertepatan dengan tarikh 9 Zulhijah dalam kalendar Islam, ketika jemaah haji melakukan wukuf di Arafah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rosyam Nor , #QuranHour

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan