Sikap Tidak Matang, Nabila Huda Kongsi Kemenangan FFM28 Buat Bapa

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 5:50 AM

Nabila Huda bersama trofi Pelakon Wanita Terbaik yang dimenanginya menerusi filem Munafik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28). Foto HAFIZ IDZLA & FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Nabil Huda mendedikasikan trofi kemenangannya menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) kepada bapanya iaitu penyanyi rock terkenal Amy Search.

Nabila, 32, berkata, dia ingin bapanya berasa bangga dengan kejayaan itu kerana sebelum ini dia banyak menimbulkan masalah gara-gara sikapnya yang tidak matang.

"Kejayaan ini saya dedikasikan untuk papa saya serta keluarga kerana selama berada dalam industri sejak berusia 16 tahun banyak tindakan yang kurang matang saya lakukan.

"Saya mahu papa berasa bangga dengan kejayaan saya ini dan ia adalah hadiah istimewa dari saya buatnya," katanya kepada mStar Online.

Nabila dan bapanya, penyanyi rock Amy Search.

Nabila ditemui pada sidang media FFM28 yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, malam Sabtu lalu.

Aktres ini memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik FFM28 menerusi filem Munafik.

Dalam pada itu, Nabila berkata, ia merupakan kemenangan pertamanya menerusi kategori utama sejak 15 tahun berkecimpung dalam industri lakonan.

Bagaimanapun kata Nabila, dia sebenarnya langsung tidak mengjangkakan kemenangan tersebut kerana sedar saingan sengit daripada calon yang turut bertanding.

"Saya langsung tidak jangka akan menang kerana saingan terlalu sengit terutama daripada pelakon-pelakon yang sudah biasa berlakon filem.

Lakonan cemerlang Nabila dalam Munafik membuahkan hasil.

"Saya tidak banyak berlakon filem dan kemenangan ini juga yang pertama buat saya, sebelum ini saya hanya menang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Akulah Balqis," ujarnya.

Sementara itu, Nabila berkata, dia tidak pernah memilih genre dan skrip untuk melakonkan sesuatu filem atau drama namun bersyukur kerana sentiasa diberi peluang memainkan peranan yang dapat meninggalkan kesan kepada penonton.

Katanya, perkara itu juga memberi kekuatan dalam menzahirkan sesuatu peranan diberikan dengan baik sama ada menerusi filem atau pun drama.

"Saya bukan jenis memilih tetapi Alhamdulillah sering diberi kepercayaan membawakan watak berat malah kebiasaannya saya sering dapat bekerjasama dengan pengarah, krew produksi yang banyak membantu.

"Perkara itu juga membantu saya memberi tahap lakonan terbaik dan seratus peratus," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nabila Huda , FFM28 , Munafik

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan