'Kemenangan Syamsul Bukan Kerana Pengaruh Saya' - Yusof Haslam

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 11:51 AM

Syamsul bersama trofi kemenangannya menerusi filem Munafik pada Festival Filem Malaysia Ke-28 yang berlangsung pada malam Sabtu. Foto FAIHAN GHANI & HAFIZ IDZLA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbit Datuk Yusof Haslam menegaskan beliau tidak terlibat dalam proses penjurian sehingga membolehkan anaknya pengarah Syamsul Yusof memenangi beberapa kategori utama Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).

Yusof, 62, berkata, beliau juga baharu dimaklumkan tentang barisan juri yang menilai karya bertanding dan tidak terlibat dalam proses berkenaan.

"Saya tidak terlibat dengan proses penilaian dan sebenarnya saya sendiri baru diberitahu siapa barisan juri yang mengadili semua filem yang dipertandingkan.

"Perkara tentang pertikaian ini bukan perkara baru dan Syamsul sendiri kecewa bila terlalu banyak tomahan dan pertikaian yang datang dari orang industri sendiri," ujarnya.

Yusof ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke 28 yang diadakan di Planery Hall, di sini, malam Sabtu.

Munafik menang besar pada Festival Filem Malaysia Ke-28.

Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa Yusof menggunakan pengaruh sebagai Timbalan Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Pengerusi Persatuan Penerbit Filem (PFM) dalam memberi kemenangan kepada filem Munafik.

Pada malam kemuncak itu, Syamsul menerusi filem Munafik berjaya meraih anugerah Filem Terbaik Nasional dan Pengarah Terbaik.

Naskah itu juga berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

Dalam pada itu, Yusof berkata, dia enggan mengambil peduli tentang pertikaian yang hanya tidak membantu dalam untuk meningkatkan kemajuan filem negara.

Sebaliknya, kritikan dan pandangan negatif tersebut hanya mampu mewujudkan sikap berpuak-puak dalam industri.

"Orang yang kritik filem saya itu sendiri tidak menunjukkan kemajuan dan hanya bersuara apabila ada penganjuran festival-festival begini.

"Mereka tidak sedar perkara utama bukanlah tentang kemenangan tetapi bagaimana untuk meraih penonton datang menonton di pawagam.

"Saya bersyukur filem-filem kami mengutamakan nilai kormersial dan kemenangan ini hanya satu bonus sahaja," ujarnya.

Tambahnya, penggiat filem seharusnya lebih bersatu hati dalam mengkaji sesuatu filem yang berjaya agar boleh dijadikan contoh menghasilkan yang lebih baik.

Tags / Kata Kunci: Munafik , FFM28 , Yusof Haslam , Syamsul Yusof

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan