Keluar Monkey Bone, Black Hanifah Tiada Masalah Bergerak Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 6:00 AM

Black rancang anjur pertandingan cungkil bakat baharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanifah tidak berhadapan dengan sebarang masalah selepas kira-kira sebulan keluar daripada syarikat rakaman Monkey Bone.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 29, berkata, dia lebih gembira dan berasa puas apabila dapat melakukan sendiri segala pengurusan berkaitan kerjaya nyanyiannya. 

"Sudah sebulan lebih saya bergerak sendiri dan tidak ada masalah pun, sama sahaja seperti berada di bawah pengurusan.

"Selama ini apa yang saya lakukan juga adalah pilihan dan pendapat saya sendiri. Lagi pula sudah sampai waktu untuk saya menguruskan kerjaya saya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Black berkata, dia juga mempunyai pelbagai perancangan untuk meluaskan kerjaya dalam beberapa bidang termasuk penganjuran majlis.

Katanya, dia bakal mengadakan sebuah festival berkaitan pencarian bakat baharu menerusi pertandingan nyanyian karaoke.

"Saya sekarang sibuk dengan penganjuran majlis dan festival yang berkaitan dengan industri seni juga. Salah satunya ialah pertandingan karaoke.

"Insya-Allah, jika semua berjalan lancar saya ia akan diadakan pada penghujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Anugerah Terindah ini juga berkata, dia merancang untuk mencungkil bakat baharu di bawah syarikat pengurusannya.

"Saya juga ada rancangan untuk mencari penyanyi lelaki dan perempuan untuk berada di bawah pengurusan saya sendiri. Kalau boleh biarlah yang betul-betul baharu dan bukan yang sudah sedia ada dalam industri," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Black Hanifah , Anugerah Terindah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan