Niena Baharun Nafi Bercinta Dengan Muslim Ahmad

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 5:00 AM

Niena Baharun menyangkal dia kini sedang bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaan Mohd Muslim Ahmad, Foto Ihsan SA Picture.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon baharu iaitu Niena Baharun menafikan khabar angin kononnya dia berkawan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mohd Muslim Ahmad.

Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 23, berkata, dia hanya mengenali lelaki tersebut sebagai seorang kenalan sahaja.

"Itu tidak benar, saya tidak pernah berkawan rapat dengan dia (Muslim), apatah lagi bercinta.

Mohd Muslim Ahmad.
"Tapi saya akui mengenali dia menerusi kawan atas kawan, tidak lebih daripada itu," ujarnya kepada mStar Online.

Niena ditemui pada majlis tayangan akhir drama Sayangku Kapten Mukhriz, baru-baru ini.

Sayangku Kapten Mukhriz 
yang bersiaran di slot Akasia TV3 tamat siarannya pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Niena mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun dia tidak selesa untuk menghebohkan berita tentang hubungan tersebut berikutan kerjaya lakonan yang baharu sahaja bermula.

"Ya saya ada berkawan dengan seorang lelaki. Tapi kalau boleh saya tidak mahu mendedahkan identitinya dan tidak sedia untuk berkongsi tentang hal peribadi itu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya lakonan, Niena berkata, dia bersyukur semakin mendapat tempat dalam industri seni selepas drama Sayangku Kapten Mukhriz mendapat sambutan.

Tambah Niena, dia akan terus berusaha untuk memberi lakonan yang lebih baik dan tidak mengecewakan peminat-peminatnya.

"Alhamdulillah, segala penat lelah berhasil, dan sambutan yang diluar jangkaan saya
Tags / Kata Kunci: Niena Baharun

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan