Mahu Penampilan Seperti Ustaz, Foto Raja Afiq Tayang Badan Ditegur

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 12:01 PM

Raja Afiq mahu fokus pada kerjaya lakonan sebelum berkahwin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Raja Afiq berkata foto-foto yang dimuat naik di laman sosial Intagram ketika di gimnasium sering dikritik dan dianggap tidak sesuai dengan watak ustaz yang dibawanya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, kebanyakan pengikut laman sosial tersebut menganggap gambar-gambar berkenaan mendedahkan auratnya sebagai seorang lelaki.

"Kebanyakan peminat mahu saya menjaga penampilan yang baik seperti dalam drama iaitu sebagai seorang ustaz.

"Mereka menegur gambar-gambar yang saya muat naik di Instagram ketika di gim sebagai tidak sopan dan menutup aurat bertentangan dengan watak ustaz," ujarnya kepada mStar Online.

Raja Afiq ditemui pada majlis episod akhir drama Sayangku Kapten Mukhriz yang diadakan baru-baru ini.

Raja Afiq tayang badan di Instagram.

Sayangku Kapten Mukhriz yang bersiaran di slot Akasia TV3 tamat siarannya pada Selasa lalu.

Tambahnya, sebagai seorang yang beragama Islam, dia maklum tentang batasan aurat seorang lelaki yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Biasa gambar saya berbaju singlet dan aurat lelaki saya tahu dari mana sampai mana dan semua gambar saya muat naik itu tidak sampai mendedahkan aurat pun.

"Namun, saya lebih suka berdiam daripada membalas kritikan itu, kerana saya rasa ia tidak salah. Lainlah kalau saya ke pusat-pusat hiburan malam-malam itu salah," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang sambutan terhadap drama tersebut, Raja Afiq berkata, dia agak takut apabila menerima populariti secara mendadak.

Katanya, dia juga bimbang watak ustaz yang dibawa dalam drama tersebut terlalu kuat sehingga sukar menerima watak lain.

"Mula-mula saya terkujut dan takut dengan sambutan peminat terhadap cerita ini, orang juga lebih mengenali saya dengan nama Ustaz Mukhriz berbanding Raja Afiq.

"Saya takut watak itu terlalu kuat dan mereka tidak terima jika saya bawa watak jahat lepas ini," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan hubungannya dengan pelakon Anis Al-Idrus, Raja Afiq berkata, mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Katanya, dia kini lebih memberi fokus kepada kerjaya lakonan yang baharu sahaja bermula.

"Keluarga saya sudah kenal Anis tapi kenal-kenal biasa sahaja tiada apa-apa perancangan untuk berkahwin pun lagi. Buat masa ini kami mahu fokus dahulu pada kerjaya.

"Saya pun sedang merancang untuk keluar jenama baju dan seluar sendiri tidak lama lagi," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Raja Afiq , Sayangku Kapten Mukhriz

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan