Syukur, Muhammad Idris Ezzwa Semakin Sihat - Misha Omar

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 7:21 PM

Misha bersama suami, Firos Ezzwan Rosly dan doktornya iaitu Prof Dr Mohd Hashim Omar (kiri) melibat bayi yang baru dilahirkan, Muhammad Idris Ezzwa. FOTO: Ihsan Misha Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar bersyukur apabila bayi sulungnya yang dilahirkan tidak cukup bulan semakin positif dan dibenarkan untuk dibawa pulang pada malam Khamis selepas seminggu dirawat di hospital.

Misha, 34, memberitahu dia dan suaminya sepakat memberi nama Muhammad Idris Ezzwa kepada bayi mereka itu.

"Sepanjang seminggu lalu, saya melalui episod getir yang menguji kasih sejati seorang ibu.

Muhammad Idris Ezzwa lahir tiga minggu lebih awal daripada tarikh sebenar.
"Alhamdulillah, Idris menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif sepanjang berada di bawah pengawasan doktor dan dibenarkan pulang malam tadi (Khamis).

"Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraan diri saya dan anak," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Misha melahirkan bayi seberat 2.05 kilogram itu secara normal, tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 24 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada  pukul 10.20 malam.

Sebelum itu, penyanyi lagi Bunga-Bunga Cinta ini mengadu tidak selesa sebaik selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor iaitu Jiwa Sentuh Jiwa di Morib.

Dalam pada itu, Misha berkata, atas nasihat doktor yang merawatnya dia dinasihatkan untuk tidak menerima sebarang kunjungan tetamu untuk memastikan bayinya bebas daripada sebarang masalah kesihatan.

Bagaimanapun bagi menghargai doa dan sokongan peminat Misha turut berkongsi gambar bayinya kepada umum.

"Disebabkan doktor menasihatkan untuk tidak terlebih dulu menerima tetamu, saya berkongsi foto Idris untuk tatapan peminat.

"Alhamdulillah keadaan saya dan bayi sihat cuma masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana baru," katanya.

Misha dan Firos Ezzwan Rosly, 34, yang juga seorang juruterbang berkahwin pada 2 Mei 2014.

Pasangan itu turut memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, yang berusia empat tahun. 
Tags / Kata Kunci: Misha Omar

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan