"Bukan Saya Yang Nak Kahwin" - Tasha Mansahar

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 5:30 AM

Tasha Mansahar kini menjadi guru di sebuah sekolah rendah di Melaka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Mansahar menjelaskan tindakannya menulis dalam ruangan komen di beberapa Instagram milik perancang majlis perkahwinan bukanlah untuk dirinya.

Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 23,berkata, sebaliknya, ia adalah untuk membantu rakan baiknya yang ingin mendirikan rumah tangga dan mengadakan sebuah majlis.

"Betul saya ada bertanya tentang pakej-pakej perkahwinan di beberapa laman Instagram pengurus majlis, namun bukanlah saya yang nak kahwin tetapi kawan baik saya.

"Saya ni kadang-kadang lupa saya ni artis itu yang komen tanpa fikir panjang sehingga ada menyangka saya pula yang ingin berkahwin.

"Saya tolong kawan saya kerana dia tidak berapa aktif laman sosial," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha menjawab khabar angin bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dan sedang merancang untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan.

Antara komen-komen Tasha yang menjadi perhatian.

Tambah penyanyi lagu Ragu-Ragu ini berkata, buat masa ini dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin terutama dalam masa terdekat.

Jelas Tasha, dia masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan jadual baharu selepas memulakan tanggungjawab sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Melaka.

"Saya akan berkahwin tapi bukan dalam masa terdekat ini. Sekarang belum masanya kerana saya terlalu sibuk dengan kerja.

"Saya masih menyesuaikan diri dengan tugasan hakiki sebagai guru dan masa sebagai penyanyi. Biasanya hanya hujung minggu sahaja yang boleh untuk aktiviti nyanyian," ujarnya.

Bagaimanapun, Tasha berkata, jika benar ingin berkahwin, dia tidak akan merahsiakan perkara baik itu kepada umum.

Tags / Kata Kunci: Tasha Mansahar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan