Ezam (EYE) Hilang 13 Tahun Kerana Sertai Tabligh

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 5:45 AM

Wajah terbaharu Ezam daripada kumpulan EYE yang pernah popular pada tahun 1990-an.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang pernah popular bersama kumpulan EYE pada tahun 1990-an, Ezam menjelaskan kehilangannya selama 13 tahun daripada industri muzik adalah kerana ingin mendalami ilmu agama.

Ezam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 47, berkata, sepanjang tempoh itu dia banyak menghabiskan masa mempelajari ilmu agama Islam di masjid-masjid selain menyertai kumpulan tabligh.

"Saya tinggalkan dunia seni pada tahun 1999 dan ketika itu saya nekad untuk menumpukan perhatian kepada mendalami ilmu agama.

"Bagaimanapun hidayah yang saya terima bukan serta merta tetapi sebaliknya empat tahun kemudian dan saya berasa sangat bersyukur diberi peluang untuk berubah ke arah lebih baik.

"Sejak itu juga saya banyak mendalami ilmu agama daripada ustaz di masjid selain menyertai kumpulan tabligh yang berdakwah dari rumah ke rumah bagi menyampaikan dakwah," katanya kepada mStar Online.

Ezam kembali aktif menyanyi sejak 2014.
Ezam ditemui pada majlis rakaman takbir raya bersempena Hari Raya Aidiladha bersama 60 lagi penyanyi lelaki di IDCC Shah Alam, baru-baru ini.

Penyanyi itu turut mengakui antara punca lain dia meninggalkan bidang nyanyian kerana berasa kecewa dengan industri muzik ketika itu.

Bagaimanapun dia enggan mengenang kisah tersebut kerana ia sudah lama berlalu.

Dalam pada itu, Ezam berkata, sepanjang tempoh itu juga, dia mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan mengeluarkan produk minyak wanginya sendiri iaitu EYE Quality Perfume.

Meskipun pada awalnya dia pernah bergelut untuk memajukan perniagaan itu namun bersyukur ia kini sudah berkembang maju dan mempunyai rangkaian stokis termasuk di Singapura.

"Selepas ambil keputusan tinggalkan nyanyian saya akui ada beberapa masalah dan ujian yang terpaksa saya tempuhi.

"Namun Alhamdulillah Allah bukakan rezeki saya menerusi perniagaan dan ia kini semakin berkembang maju," kata bapa kepada tujuh cahaya mata ini.

Sementara itu, Ezam berkata, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian kerana menganggap ia sudah sebati dengan dirinya.

Malah dia tidak pernah melihat penghijrahannya sebagai satu halangan untuk kembali bergiat aktif asalkan ia tidak bercanggah dengan Islam.

"EYE tidak pernah bubar seperti sangkaan sesetengah pihak malah kesemua anggota asal kembali bergabung selain aktif mengadakan persembahan.

"Malah album terbaharu kami juga sudah siap dan hanya menunggu masa sesuai untuk dilancarkan," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Ezam memberitahu, dia ada menerima pelawaan untuk menyertai musim terbaharu program Gegar Vaganza namun buat masa ini belum ada sebarang pengesahan daripada pihak produksi.

Jelasnya, jika dia terpilih ia adalah platfrom terbaik untuk memperkenalkan kembali namanya di kalangan peminat.

"Insya-Allah jika ada rezeki tetapi masih belum pasti diterima atau pun tidak kerana saya persaingan pada tahun ini hebat-hebat belaka.
Tags / Kata Kunci: Ezam , EYE

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan