Datuk Red Tidak Akan Cerai Isteri-Isterinya Untuk Kahwin Lain

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 6:00 AM

Datuk Red dan Adira yang kini hamil dua bulan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu menafikan dakwaan kononya sudah bercerai dengan isteri kedua iaitu penyanyi Adira Suhaimi untuk berkahwin dengan pelakon baharu Ruhainies.

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 38, berkata, dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.

"Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.

"Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah," ujarnya kepada mStar Online.


Laman sembang gosip yang hangat mempersoalkan hubungan Adira dengan suaminya Datuk Red berakhir.

Datuk Red menjawab berita di ruangan laman sembang gosip bahawa dia sudah menceraikan isteri keduanya Adira dan merancang untuk berkahwin dengan pelakon baharu Ruhainies.

Datuk Red turut mempunyai seorang isteri yang dikenali sebagai Sharifah atau Datin Red.

Sementara itu, ditanya tentang Ruhainies ke kedai barangan kemas, dia enggan mengulas dan meminta bertanya kepada pelakon itu sendiri.

Sementara itu, mengulas tentang keadaan Adira yang kini sudah memasuki kehamilan dua bulan, katanya, penyanyi lagu Ombak Rindu itu masih mengalami alahan dan muntah-muntah.

"Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata, dia kini sedang mencari nama yang sesuai untuk bayi tersebut biarpun masih belum mengetahui jantinanya.

Tags / Kata Kunci: Adira , Datuk Red

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan