Alif Satar Kongsi Kisah Seram Penggambaran 'Aliff Dalam 7 Dimensi'

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2016 1:03 PM

Alif Satar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Alif Satar berkongsi pengalaman seram apabila dia diikuti oleh makhluk halus semasa dalam perjalanan pulang dari lokasi penggambaran filem Aliff Dalam 7 Dimensi yang dilakukan di sebuah bangunan tinggal di Bangi, Selangor.

Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 26, berkata, dia yang menunggang motosikal terpisah dari rakan pelakon Izzue Islam yang ketika itu mengekorinya dari belakang.

"Saya tidak pernah cerita perkara ini kepada orang lain kerana saya tidak mahu ia menjejaskan penggambaran atau menimbulkan perasaan takut pada pelakon atau kru penggambaran.

"Selalunya setiap kali pulang saya akan konvoi dengan Izzue, dia naik kereta mengekori saya dari belakang kerana saya naik motor. Selepas itu ada simpang yang tiba-tiba membuatkan kami terpisah.

"Ketika melalui simpang itu agak sunyi dan menakutkan sehingga saya nampak ada yang mengekori saya sepanjang perjalanan itu ," ujarnya.

Barisan pelakon Aliff Dalam 7 Dimensi.
Alif ditemui pada sidang media filem Aliff Dalam 7 Dimensi yang diadakan di Pavilion, di sini, malam Isnin.

Tambah Alif, ia merupakan salah satu pengalaman menakutkan selain mengakui berasa seram dengan beberapa kawasan lokasi penggambaran.

"Tempat itu agak seram kerana bangunan tidak siap dan tinggal lama. Kami pula penggambaran pada waktu malam sampai ke pagi baru habis," ujarnya.

Selain Alif, beberapa perkara pelik turut dialami oleh kru penggambaran yang melihat beberapa lembaga berdiri berdekatan lampu dan terbang di atas khemah.

Pengambaran filem genre aksi seram mistik ini dijalankan di sekitar Lembah Klang selama 25 hari dan diarahkan oleh pengarah Faisal Ishak.

Filem Aliff Dalam 7 Dimensi ini turut dilakonkan oleh Izzue Islam yang membawa watak sebagai Aliff, Juliana Evans dan Kaka Azraff.

Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Aliff yang mempunyai kuasa untuk melihat dan berlawan dengan kuasa ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Aliff Dalam 7 Dimensi ini juga menggunakan sebayang 30 peratus kesan khas visual (CGI) dalam menghidupkan lagi adegan pertarungan yang membabitkan imej-imej seperti entiti saka.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 8 September ini.
Tags / Kata Kunci: Alif Satar , Alif Dalam 7 Dimensi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan