Fattah Amin Enggan Isu Putus Cinta Terus Berpanjangan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 6:00 AM

Fattah enggan memanjangkan isu perpisahannya dengan aktres Sherry Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin enggan memanjangkan berita perpisahannya dengan Sherry Ibrahim selepas aktres itu mendakwa hubungan itu terlerai kerana kemahuan sebelah pihak.

Pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 26, itu berkata, tiada guna dia membalas dakwaan dibuat bekas teman wanitanya itu kerana ia akan menyebabkan isu berkenaan bertambah panas.

"Minta maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan.

"Apa yang boleh saya katakan ini adalah ketentuan rezeki, jodoh dan ia tidak berpihak kepada kami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Sherry sebelum ini mendedahkan dia terkejut Fattah membuat pengumuman perpisahan mereka kerana terlebih dahulu berbincang akan memaklumkan mengenainya selepas selesai pelancaran single pertamanya.

Katanya, ketika Fattah mengumumkan berita perpisahan mereka, dia sedang bercuti selama seminggu di Doha.

Sherry Ibrahim.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia enggan lagi memikirkan soal itu dan ingin memberi fokus kepada karier lakonannya.

"Fokus saya adalah meneruskan kehidupan selain memberi tumpuan kepada kerjaya," katanya.

Sementara itu, Fattah memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Special Forces disamping Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.

Katanya, walaupun penggambaran mengambil masa hampir tiga bulan namun dia berasa puas kerana dapat berlakon disamping Rosyam yang juga idolanya.

"Jujur saya katakan memang penat kerana tempoh penggambaran yang agak panjang namun semuanya amat berbaloi.

"Saya rasa diri saya kerdil sangat tetapi pada masa sama banyak ilmu yang saya kutip daripada pengalaman berlakon filem ini," jelasnya.

Tambahnya, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Suri Hati Mr Pilot bergandingan dengan Neelofa.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin , Sherry Ibrahim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan