Azwan Kombos Bawa Isteri Temui Saudara-Mara Di Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2016 5:45 AM

Azwan dan Ezzaty meluangkan msa menziarahi kaum keluarga kedua-dua belah pihak bagi mengeratkan silaturahim. Foto Ihsan Instagram @ezzatyabdullah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azwan Kombos memberitahu telah membawa isterinya, aktres Ezzaty Abdullah ke Sabah untuk bertemu dengan saudara maranya yang tidak sempat berjumpa ketika majlis perkahwinan mereka pada Julai lalu.

Azwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, 31, berkata, tujuan dia berbuat demikian kerana ingin memberi peluang kepada isterinya berkenalan dengan mereka selain merapatkan silaturahim sesama keluarga.

"Keluarga saya besar dan ramai yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan kami tempoh hari.

"Jadi saya ambil peluang ini untuk membawanya menziarahi mereka di Sabah dan merapatkan silaturahim sambil-sambil itu kami sempat berbulan madu di tempat-tempat menarik di sana seperti Gunung Kinabalu dan Kundasang," katanya kepada mStar Online.

Pasangan ini berbulan madu di Eropah selepas berkahwin.

Azwan dan Ezzaty, 26, selamat bergelar suami-isteri pada 16 Julai lalu dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Bentong, Pahang.

Tambah Azwan, Ezzaty itu juga sempat membawa dia berkenalan dengan keluarganya sejurus mereka pulang daripada berbulan madu di Eropah baru-baru ini.

"Satu perkara yang saya belajar tentang isteri selepas berkahwin dia sebenarnya sangat rapat dengan keluarga dan saudara maranya.

"Malah sekarang ini jika ada kesempatan dan masa terluang dia mesti akan pulang ke kampungnya di Bentong untuk melawat keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Ezzaty pula memberitahu dia tidak menyangka Azwan adalah seorang yang teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Katanya lagi, sikap suaminya itu turut membuatkan dia juga lebih peka dalam melakukan sesuatu selain menyifatkan Azwan seorang yang ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah.

"Suami saya OCD (obsessive-compulsive disorder) orangnya dan dia sangat teliti dalam kerja-kerja dilakukannya.

"Dia juga sangat ringan tulang dalam membantu saya menguruskan kerja-kerja rumah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azwan berkata, buat masa ini dia mengurangkan aktiviti seninya bagi menumpukan kepada perniagaan yang diusahakan bersama Ezzaty.

Katanya, dia dan isteri mula mengusahakan produk kecantikan iaitu Vermillion sejak sebelum kahwin lagi dan ingin giat mempromosikan jenama itu kepada pelanggan.

"Sebelum ini produk berkenaan tidak berapa dimajukan kerana sibuk dengan berlakon dan ingin berkahwin tetapi sudah tiba masanya kami mencari ruang untuk membangunkan kembali jenama tersebut.

"Buat masa ini saya banyak menolak tawaran berlakon untuk mempromosikan produk keluaran kami iaitu serum," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azwan Kombos , Ezzati Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan