Rebut 2,000 Tiket Tonton 'The Secret Life of Pet'

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena menyambut ulang tahun yang ke-45 pada 9 September depan, Star Media Group Berhad menawarkan 2,000 tiket percuma untuk 1,000 penonton bertuah bagi menonton wayang sumbangan Golden Screen Cinemas (GSC) dan United International Pictures (UIP).

Pemenang tiket dalam kuiz ini akan berpeluang menonton The Secret Life of  Pet secara serentak di seuruh negara pada 3 September depan bemula pukul 10.30 pagi di 10 pawagam GSC terpilih di 10 buah negeri.

Antara GSC terpilih ialah di Kedah (GSC Aman Central), Pulau Pinang (GSC Gurney Plaza), Perak (GSC Ipoh Parade), Melaka (GSC ABM), Negeri Sembilan (GSC Palm Mall Seremban), Pahang (GSC East Coast Mall), Selangor (GSC 1 Utama), Kuala Lumpur (GSC NU Sentral), Sabah (GSC Suria Sabah Mall) dan Sarawak (GSC Cityone Megamall).

Barisan pelakon yang terlibat dalam alih suara The Secret Life of Pet ialah Louis C. K., Eric Stonestreet, Lake Bell dan Albert Brooks.

Pada tayangan pra pembukaan hujung minggu Jun lalu di Amerika Syarikat, The Secret Life of  Pet mendapat kutipan AS$104.4 juta (RM418 juta) seterusnya merangkul box office.

Untuk memenangi dua pas menonton filem ini, sila ke http://contests.thestar.com.my/secretlifeofpets/ dan masukkan kapsyen pada gambar yang disediakan.

Peraduan ini akan berakhir pada pukul 11.59 malam pada Sabtu ini. 
Tags / Kata Kunci: The Secret Life of Pet

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan