Jasmin Hamid Bergambar Di Kubur Bukan Tujuan Menunjuk-Nunjuk

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 6:00 AM

Jasmin Hamid bakal muncul dalam Lara Aishah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Jasmin Hamid memberitahu tindakannya sering memuat naik gambar ketika menziarah pusara ibunya di laman sosial Instagram bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Jasmin, 43, berkata, dia berbuat demikian ialah untuk mengingatkan dirinya sendiri tentang kematian yang tidak mengira usia.

"Saya selalu muat naik gambar menziarahi kubur ibu saya adalah untuk diri saya sendiri dan tidak sedetik pun terniat ingin menunjuk-nunjuk.

"Saya sedar ada yang kurang senang, saya tahu doa seorang anak itu, dia tidak perlu datang ke kubur, tapi bagi saya ia adalah pandangan masing-masing dan apabila saya ke sana saya lebih dekat dengan kematian," ujarnya.

Bagaimanapun, Jasmin berkata, sebagai wanita dia mengakui tidak sesuai untuk berada lama di kawasan perkuburan itu.

"Saya faham tidak sesuai untuk berada terlalu lama di kawasan itu, saya cuma ingin memastikan keadaan kubur arawah ibu saya bersih dan tanah tidak rebak kerana masih baharu," ujarnya.

Jasmin Hamid di pusara ibunya.
Jasmin ditemui pada majlis pelancaran drama Lara Aishah di sini, Selasa lalu. Ibunya iaitu Allahyarham Khadijah Adnan, 62, meninggal dunia pada Mei lalu akibat serangan jantung.

Tambah pelakon tersebut, dia sering ke kubur berkenaan sejak kematian ibunya pada Mei lalu bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan terjaga.

Sementara itu, Jasmin mengakui terkejut apabila kubur ibunya berada dalam keadaan bersepah apabila botol yang ditanam dicabut oleh pihak tertentu pada pagi Selasa lalu.

"Saya ke sana untuk memastikan pusara ibu berada dalam keadaan terjaga dan saya sangat terkejut apabila ada pihak yang mencabut botol yang saya tanam di kubur itu.

"Saya menangis melihat keadaan kubur jadi sebegitu, jika ada pihak yang kurang senang lebih baik berjumpa terus dengan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin bakal membawa watak Zurin iaitu wanita yang teraniaya dalam drama Lara Aishah.

Lara Aishah akan ditayangkan bermula 29 Ogos ini dari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
Tags / Kata Kunci: Jasmin Hamid

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan