Nazim Othman Enggan Sentuh Bukan Mahram - Berita Hiburan | mStar

Nazim Othman Enggan Sentuh Bukan Mahram

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 5:55 AM

Nazim Othman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas aktor Saharul Ridzwan dan Izzue Islam enggan bersentuhan dengan pelakon wanita kini giliran Nazim Othman pula mahu berbuat demikian.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 32, berkata, dia cuba untuk mempraktikkan perkara itu bukan sahaja dalam kerjaya lakonan, malah dalam aktiviti kehidupan sehariannya.

"Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan ata ketika di luar waktu kerja.

Nazim mengelak bersalaman dengan wanita.

"Saya cuba mengelakkan bersalaman dengan wanita, malah dengan tunang saya Bella Dally juga. Sejak dia bertudung lagi saya menghormati dia dengan tidak pernah menyentuhnya," ujarnya kepada mStar Online.

Nazim ditemui pada majlis pelancaran drama  Lara Aishah yang diadakan di sini, pada Selasa.

Tambah pelakon Teruna Kimchi itu juga, keputusan tersebut terdorong selepas mengalami ketumbuhan otak pada Mac 2015.

"Ia adalah janji saya kepada diri sendiri selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada tahun lalu.

"Ada beberpa janji yang saya telah tanamkan dalam diri selain daripada perkara itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia," ujarnya.

Nazim berkata, dia bersyukur apabila pihak pengarah drama Lara Aishah iaitu Riza Baharudin bertolak-ansur dalam perkara itu.

Jelasnya, beberapa adegan dalam drama 100 episod itu dirombak semula mengikut kesesuaian dan prinsip tidak bersentuhannya itu.

"Itu salah satu syarat saya pada pihak produksi dan mereka tiada masalah. Bagi saya produksi di Malaysia sudah terbuka untuk perkara itu.

"Banyak lagi cara untuk melakukan adegan romantik dengan baik," ujarnya.

Nazim membawa watak Iskandar yang merupakan seorang lelaki daripada keturunan hartawan yang jatuh cinta dengan seorang gadis miskin iaitu Aishah lakonan Fasha Sandha.

Drama tersebut akan ditayangkan bermula 29 Ogos ini pada Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
Tags / Kata Kunci: Nazim Othman
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan