Zulin Aziz Sedia Berkahwin Jika Bertemu Calon Sesuai

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 6:00 AM

Zulin Aziz mula berfikir tentang soal perkahwinan dengan lebih serius memandangkan usianya yang semakin meningkat. Foto RAJA FAISAL HISHAN

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz mula berfikir secara serius tentang soal perkahwinan dan mengakui sudah bersedia untuk berumah tangga sekiranya jodohnya sudah tiba.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 26, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia masih solo dan belum mempunyai calon sesuai untuk dijadikan suami.

"Pada usia sekarang memang saya mula berfikir tentang teman hidup dan ingin melalui fasa perkahwinan seperti mana orang lain.

"Saya sudah bersedia untuk berumah tangga cuma buat masa ini masih belum bertemu dengan calon sesuai," katanya kepada mStar Online.

Zulin semakin selesa bergelar penyampai radio.
Zulin ditemui pada program Ramah Mesra Penyampai Radio Suria FM Tour di IOI City Mall di sini, Sabtu lalu.

Program tersebut merupakan jelajah mini bersama barisan penyampai radio suria FM dan selebriti popular yang memulakan sirinya pertamanya di Klang, Selangor pada 6 Ogos lalu,  Kedah (13 Ogos) dan IOI Mall, Putrajaya (20 Ogos).

Seterusnya acara sama akan bertemu peminat di AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan serta Kluang Mall, Johor pada 27 Ogos dan 3 Sepetember depan.

Dalam pada itu, Zulin berkata, dia masih belum mempunyai teman lelaki bukan kerana cerewet sebaliknya belum bertemu dengan lelaki yang benar-benar serius dalam perhubungan.

“Bukan isu memilih atau cerewet tetapi belum ada yang datang secara serius tambahan pula soal kahwin ini terletak pada jodoh dan ketentuan Allah.

"Saya tidak menolak jika ada mendekati tetapi belum jumpa yang sesuai," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zulin berkata, walaupun kini tumpuannya lebih kepada sebagai deejay namun dia masih meneruskan minatnya dalam bidang pengacaraan dan lakonan walaupun tawaran agak berkurangan.

Malah katanya, penerimaan pendengar terhadapnya semakin baik selain mula selesa mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria sejak 1 Julai lalu.
Tags / Kata Kunci: Zulin Aziz , Suria FM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan