Mas Khan Tak Tolak Dilabel Anak Emas Skop Production

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 5:50 AM

Mas Khan tercalon menerusi kategori Pelakon Baharu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang bakal berlangsung pada 3 September depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mas Khan tidak menolak apabila ada segelintir pihak melabel dirinya sebagai anak emas produksi milik pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Skop Production.

Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan, 22, berkata, tanggapan itu berkemungkinan kerana dia sering berlakon dibawah drama terbitan syarikat berkenaan termasuk Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur yang mengangkat namanya sebagai pelakon.

"Tanggapan itu datang kerana kelibat saya sering bersama produksi Skop Production dan saya tidak menolak pun kerana tidak semua pelakon mendapat peluang seperti itu," katanya kepada mStar Online.

Mas yang tercalon menerusi kategori Pelakon Baharu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) bagaimanapun berkata, perkara itu bukan bererti dia terbatas untuk menerima tawaran lakonan daripada produksi lain.

Mas bakal bergelar penyanyi bersama kumpulan Carla.
Sebaliknya, Datuk Yusof dan Skop Production banyak memberi sokongan dalam memastikan karier lakonannya sentiasa berkembang.

"Saya tidak pernah disekat untuk berlakon dengan syarikat produksi lain malah Skop Production cukup terbuka selain ingin melihat karier lakonan saya terus berkembang maju," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mas berkata, dia bakal muncul dengan kumpulan nyanyian iaitu Carla yang menggandingkannya bersama tiga lagi penyanyi iaitu pelakon Ariff Aziz, Niel dan bekas peserta program The Voice Indonesia, Joan Allan.

Kata Mas, dia dipelawa menyertai Carla selepas mendapat panggilan daripada penyanyi dan komposer Awi Rafael baru-baru ini.

"Pada awalnya saya ingatkan dia melawak tetapi dia serius dan minta saya datang uji bakat dan Alhamdulillah diterima menyertai band berkenaan," katanya.

"Saya sebelum ini pernah merakamkan lagu berjudul Tidakku Sangka yang digunakan sebagai lagu tema filem Biasan dan nyanyian adalah salah satu cabang seni saya minati.

"Carla bakal menampilkan konsep seperti kumpulan One Direction tetapi dengan acuan kami sendiri," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mas berkata, dia bakal terlibat menerusi drama bersiri sebanyak 120 episod dengan kerjasama produksi Indonesia yang akan menjalani penggambaran di Jakarta, Bandung dan Bali.

Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama bersiri Antara Dua Dunia di TV9.
Tags / Kata Kunci: Mas Khan , Biasan , FFM28

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan