Awie Harap Dapat Hak Jaga Anak Sulung

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 2:54 PM

Awie harap keputusan mahkamah kelak berpihak kepadanya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings Awie berharap keputusan mahkamah berkaitan hak penjagaan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 9, akan berpihak kepadanya.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, juga berharap apa sahaja yang diusahakan selama ini daripada awal terutama berkaitan anak-anaknya membuahkan hasil.

"Saya harap sesuatu yang baik berpihak kepada saya selepas apa yang saya usahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga berharap saya tidak lagi teraniaya.

"Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, apa yang saya cakap semua relevan dan sah tapi sering dipertikaikan pihak sebelah sana (Rozana)," ujarnya kepada mStar Online.

Awie selaku responden hadir bersama peguam syarie, Mohd Syafiq Norizan.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin menggantung keputusan kes tunjuk sebab berhubung kegagalan penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah membabitkan hak penjagaan sementara anak sulungnya yang sepatutnya berada bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun serta pembayaran kos mahkamah masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000.

Keputusan kes tersebut akan diputuskan selepas selesai semakan di Mahkamah Rayuan Syariah pada Oktober 2016.

Keputusan dibaca oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nur'Azura Jamaluddin di dalam bilik pendaftar.

Rozana, 38, hadir bersama peguam yang mewakilinya, Nor Azmi Mohd Arif.

Sementara itu, peguam mewakili Rozana Nor Azmi Arif berkata, pihaknya menunggu keputusan tentang tiga perintah yang dilanggar oleh penyanyi itu pada Oktober depan.

"Kes hari ini ditangguhkan pada 22 Oktober untuk semakan berkaitan pihak kami kemukakan. Setakat ini kena tunggu dalam tempoh dua bulan itu. Tentang keyakinan untuk menang itu saya tidak boleh komen kerana ia terpulang kepada mahkamah yang putuskan berdasarkan fakta-fakta kes, biarlah mahkamah putuskan," ujarnya.

Pada 2 Disember 2015, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan membenarkan permohonan Rozana Misbun bagi mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap penyanyi rock Awie atau Ahmad Azhar Othman atas keingkarannya berhubung perintah hak penjagaan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 8, yang diberikan kepada Rozana.

Dalam permohonan itu Awie, berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 sekiranya gagal memberikan tunjuk sebab mengapa dia tidak boleh dikenakan hukuman berkenaan kerana ingkar perintah mahkamah.

Sementara itu mahkamah turut memerintahkan penyanyi itu memberikan tunjuk sebab bagi menjelaskan kegagalannya membayar dua kos mahkamah berjumlah RM5,900 kepada Rozana.

Dua lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, kini berada bawah penjagaan Rozana.
Tags / Kata Kunci: Awie

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan