Zul Ariffin Sangkal Dieksploitasi Gara-Gara Dedah Tubuh Dalam 'Tombiruo'

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 6:00 AM

Zul Ariffin menggalas tanggungjawab bagi menjayakan watak sebagai Ejim dalam filem Tombiruo. Foto AFDHAL IRSHAAD

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menjelaskan tidak timbul isu dirinya menjadi mangsa eksploitasi apabila dia tampil tidak berbaju menerusi filem terbaharu lakonannya, Tombiruo.

Zul atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 30, sebaliknya berkata, wataknya sebagai Ejim menerusi naskah adaptasi daripada karya novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu memerlukan dia tampil tanpa baju dan hanya mengenakan aksesori badan seiring dengan gambaran peranan tersebut.

"Persoalan mengenai tubuh badan saya dieksploitasi kerana saya tidak berbaju rasanya ia tidak perlu timbul kerana naskah itu sendiri sudah cukup kuat untuk menarik penonton ke pawagam.

Zul berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 11 kilogram demi filem Tombiruo.
"Tambahan pula apa yang saya lakukan itu adalah untuk menzahirkan watak sebagai Ejim dan sebagai pelakon saya sudah melakukan terbaik dalam menjayakan peranan diberikan oleh pihak produksi," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui ketika ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan di First Avenue, Bandar Utama di sini, Jumaat lalu.

Tombiruo
sebuah karya arahan bersama Nasir Jani dan Seth Larney turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M.Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda dan Dynaz Mokhtar.

Ia sudah pun memulakan penggambaran sejak 31 Julai lalu di sekitar Lembah Klang dan Sabah.

Pelakon itu bagaimanapun mengakui dia pada awalnya berasa kekok dan tidak selesa apabila tubuhnya terdedah ketika penggmbaran namun menganggap ia sebagai cabaran dalam menjayakan peranan diberikan.

"Kalau diikutkan pada peringkat awal penggambaran, saya sendiri berasa agak kekok dan kurang selesa namun saya perlu melunaskan tanggungjawab diberikan sebaik-baiknya," ujarnya.

Dalam pada itu, Zul berkata, bagi menjayakan watak tersebut dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 11 kilogram daripada 92 kilogram.

Antara barisan pelakon Tombiruo; (dari kiri) Farid Kamil, Nabila Huda, Zul Ariffin dan Faizal Hussien.

Jelas Zul, ia proses paling mencabar buat dirinya kerana dia jarang mengamalkan diet kerana seorang yang suka menikmati makanan.

"Antara cabaran lain dalam Tombiruo saya tidak banyak dialog dan banyak menggunakan bahasa badan termasuk gerakan mata untuk berkomunikasi kerana watak itu sering memakai topeng.

"Bagaimanapun saya teruja untuk teruskan penggambaran filem ini kerana ia sebuah naskah berbeza dan cukup menarik ditambah barisan pelakon yang kesemuanya berbakat besar," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Zul Ariffin , Tomburio

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan