Datuk Shake Pengetua Akademi Fantasia 2016

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 9:25 PM

Datuk Shake mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni mula dan mencipta nama di pentas antarabangsa pada awal 1980-an.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai siapakah yang bakal dilantik sebagai pengetua Akademi Fantasia 2016 (AF2016) akhirnya terjawab apabila penyanyi terkenal, Datuk Shake diumumkan sebagai peneraju program tersebut pada tahun ini.

Pengumuman itu dibuat pada siaran langsung konsert pertama AF2016 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh, 66, mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni mula mencipta nama di pentas antarabangsa apabila single berjudul You Know I Love You mendapat sambutan hebat di Perancis termasuk negara Eropah pada awal 1980-an.

Antara lagu berbahasa Melayu popular nyanyiannya pula ialah Ummi, Pulanglah, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan.

Sementara itu, seperti dijangkakan Zizan Razak menggalas tanggungjawab sebagai pengacara AF2016 bersama Alif Satar.

Hos program HLive! Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal pula diberi mandat sebagai pengacara Diari AF2016.

Dalam pada itu, Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengkritik tetap.

Edisi AF2016 tahun ini menyaksikan dua wanita bukan Melayu antara 14 peserta yang terpilih untuk berentap iaitu Kareshma Martin John Patrick, 18, dan Jasper James Supayah, 23.

Manakala, lima peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26 dan Siti Aishah Abdul Razak, 20.

Sementara tujuh lelaki yang dipilih menyertai AF2016 pula terdiri daripada Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hamizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini pula terdiri daripada Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi) manakala Shahrolbahri bertindak sebagai Guru Vokal.

Tahun ini juga menyaksikan dua wajah baharu menyertai keluarga AF 2016 iaitu Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar (Guru Seni Persembahan).

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin sehingga Jumaat pada pukul 6.30 petang.

Konsert mingguan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tags / Kata Kunci: Akademi Fantasia , AF2016 , Datuk Shake

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan