Iamneeta Hasrat Kembang Sayap Di Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 5:00 AM

Iamneeta mahu ke Indonesia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan yang dikenali dengan lagu Tuhan Tolong Aku iaitu Iamneeta berhasrat untuk melebarkan sayap mereka di negara jiran iaitu Indonesia.

Vokalisnya, Neeta Manisha berkata, ia adalah berikutan sambutan yang luar biasa dari peminat dari negara jiran itu.

“Saya teruja apabila ada sambutan dari negera Indonesia terutama di laman sosial. Mereka mahu mengenali kami dengan lebih dekat.

“Kami berharap dapat peluang untuk membuat persembahan di sana jika mendapat undangan,” ujarnya.

Selain itu, Imamneeta juga baharu melancarkan single terbaharu mereka berjudul Sakit.

Lagu ciptaan ahli kumpulan tersebut iaitu Patrick Anohada lebih berunsur cinta dan mudah untuk diterima pendengar.

“Saya harap lagu ini akan diterima baik oleh peminat muzik tanah air manakala muzik video lagu itu telah di muat naik ke laman youtube pada 14 Ogos lalu dan mendapat sambutan yang sangat baik,” ujarnya.

Iamneeta turut dianggotai oleh Anas sebagai gitaris.

Sakit
turut akan dimuatkan dalam mini album mereka yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Iamneeta

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan