Anugerah Filem Terbaik Nasional Trofi Utama FFM28

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 12:35 PM

Antara adegan dalam filem Ola Bola turut termasuk dalam kategori Anugerah Filem Terbaik Malaysia dalam Festival Filem Malaysia ke 28.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memutuskan kategori Anugerah Filem Terbaik Nasional sebagai anugerah utama kebangsaan di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang bakal berlangsung pada 3 September depan.

Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, kategori utama itu merujuk kepada filem terbaik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai pertuturan filem selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan negara.

"Finas selaku penganjur mengambil setiap maklumbalas dan pandangan pemimpin, karyawan industri dan masyarakat sebagai medium perkongsian untuk menambahbaik penganjuran FFM di masa hadapan. 

"Justeru itu, bagi Festival Filem Malaysia ke 28 ini, Finas memutuskan mekanisme baharu yang perlu dihormati dan dilihat daripada sudut positif oleh semua pihak," ujarnya menerusi satu kenyataan kepada media pada Jumaat.

Filem Mat Motor tercalon kategori Anugerah Filem Terbaik Nasional 

Sementara itu, kategori Anugerah Filem Terbaik Malaysia FFM28 adalah anugerah terbaik festival kepada filem yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan sebarang bahasa yang dituturkan oleh rakyat negara ini sebagai bahasa pertuturan filem.

Selain itu, kategori Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Bahasa Malaysia telah dimansuhkan dan semua filem akan bertanding dalam kategori tersebut tanpa mengira bahasa. 

Anugerah bagi kategori-kategori lain yang sebelum ini dipertandingkan tanpa mengira bahasa adalah dikekalkan.

Dalam pada itu, Mohd Khusairi berkata, satu perjumpaan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak bersama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman dan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) telah diadakan pada pada 16 Ogos lalu di Hotel Seri Pacific, dekat sini.

Katanya, penjelasan telah dibuat berkaitan mekanisme baharu FFM28 selaras dengan pemansuhan kategori Filem, Pengarah dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan kewujudan Anugerah Filem Terbaik Berbahasa Kebangsaan sebelum ini.

Adegan filem Jagat.

"Persatuan telah menerima dengan baik pencerahan yang diberikan menteri seiring semangat untuk terus memartabatkan industri kreatif tanahair, memupuk perpaduan dan semangat toleransi pelbagai kaum.

"Selain mempertahankan kedaulatan Perlembagaan, khususnya dalam soal bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi milik seluruh warganegara tanpa mengira kaum," ujarnya.

Tambahnya, Finas berharap semua pihak menerima keputusan ini tanpa prejudis dan polemik selari dengan objektif utama FFM sebagai pengiktirafan kerajaan kepada pencapaian dan kecemerlangan karyawan industri filem negara.

Malam perasmian FFM28 bakal berlangsung pada 1 September di Studio Soundstage, Finas, Ulu Klang.

Seterusnya, malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Berikut adalah senarai baharu pencalonan Festival Filem Malaysia Ke-28:

ANUGERAH FILEM TERBAIK NASIONAL FFM28
NOTA
POLIS EVO
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JEJAK WARRIORS

ANUGERAH FILEM TERBAIK MALAYSIA FFM28
NOTA
POLIS EVO
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JEJAK WARRIORS
OLA BOLA
MARAVAN
JAGAT
HUAT THE FISH
THE KID FROM THE BIG APPLE

ANUGERAH LAKONLAYAR TERBAIK 
NOTA
SUAMIKU ENCIK PERFECT
POLIS EVO
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
LOVE SUPERMOON
OLA BOLA
THE KID FROM THE BIG APPLE
HUAT THE FISH
MARAVAN
JAGAT 

PENGARAH TERBAIK FFM28
GHAZ ABU BAKAR / POLIS EVO
SAW TEONG HIN / JEJAK WARRIORS
SHAMYL OTHMAN / REMBAT
SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK
WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN / LOVE SUPERMOON
CHIU KENG GUAN / OLA BOLA
JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE
PUVANENDRAN SELVARAJA / MARAVAN
SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
YEE KWAN HUAH & SILVER / HUAT THE FISH

PENGARAH BAHARU TERBAIK
FEROZ KADER / SUAMIKU ENCIK PERFECT 10
PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE
DAVEN RAGHAVAN / CCTV

PELAKON WANITA TERBAIK
LISA SURIHANI / SUAMIKU ENCIK PERFECT
MAYA KARIN / NOTA
MAYA KARIN / JWANITA
NABILA HUDA / MUNAFIK
NADIYA NISAA / LOVE SUPERMOON

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
FALISHA CROSLEY / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
MARIANNE TAN / OLA BOLA
NUR RISTEENA / GIRLFRIEND KONTRAK
RAJA ILYA / SUAMIKU ENCIK PERFECT
ZARA ZYA / REMBAT

PELAKON LELAKI TERBAIK
AARON AZIZ / SUAMIKU ENCIK PERFECT
ANIU / REMBAT
PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
SHAHEIZY SAM / POLIS EVO
ZIZAN RAZAK / POLIS EVO

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
ADAM SHAHZ / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
CHE AMAR / CHOWRASTA
KEITH FOO / GIRLFRIEND KONTRAK
MAS KHAN / BIASAN
SARAN KUMAR / OLA BOLA

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
ADELINE TSEN / GAMATISME
AMINAH RHAPOR / CHOWRASTA
ANNE NGASRI / LOVE SUPERMOON
CHRISTINA SUZANNE / JWANITA
FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
RAMLI HASSAN / NOTA
AZAD JAZMIN / GIRLFRIEND KONTRAK
HASNUL RAHMAT / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO
SRI  BALASUBRAMANIAM / OLA BOLA

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
ALIFF FIRDAUS / JEJAK WARRIORS
HARVIND RAJ / JAGAT
RYQAL ISKANDAR / CICAKMAN 3
SHIVATHARAN NAMBIAR / OLA BOLA
TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE

CERITA ASAL TERBAIK
OLA BOLA
REMBAT
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JAGAT
THE KID FROM THE BIG APPLE

SINEMATOGRAFI  TERBAIK
POLIS EVO
BRAVO 5
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JAGAT

PENYUNTING TERBAIK
OLA BOLA
JAGAT
THE KID FROM THE BIG APPLE
POLIS EVO
MUNAFIK

PENATAAN SENI TERBAIK
JAGAT
BRAVO 5
OLA BOLA
HUAT THE FISH
THE KID FROM THE BIG APPLE

PENATAAN BUNYI TERBAIK
REMBAT
POLIS EVO
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
VILLA NABILA

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK
KAPSUL
OLA BOLA
MUNAFIK
CICAKMAN 3
THE NOISE

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
OLA BOLA
CICAKMAN 3
BRAVO 5
THE KID FROM THE BIG APPLE
POLIS EVO

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
CHOWRASTA
JWANITA
PILOT CAFÉ
OLA BOLA
MUNAFIK

LAGU TEMA ASAL TERBAIK
NUR ZAIDI ABD RAHMAN – LANGIT CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
SYAMSUL YUSOF – KALAH DALAM MENANG (SYAMSUL YUSOF & MAWI)
EDRY ABDUL HALIM – ADIWIRA (ZIZAN RAZAK & KRU)
NUR ZAIDI ABD RAHMAN – UNTUK CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
ZEE AVI & RENDRA ZAWAWI – ARENA CAHAYA (ZEE AVI)

Tags / Kata Kunci: FFM28

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan