Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 7:54 PM

Ally Iskandar bersama Nurfarahin mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan anak perempuan berusia dua tahun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

Ally menerusi status di laman Facebooknya pada Jumaat menjelaskan lafaz cerai itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.

"Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin," katanya.

Ally turut memohon maaf kerana tidak memberi respons kepada pihak media yang menghubunginya selepas laporan mengenai perceraiannya itu hebat diperkatakan di laman sosial.

“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respons secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan," jelasnya.

Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik.

“Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.

“Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

Tags / Kata Kunci: Ally Iskandar , TV3 , Nurfarahin Romli , cerai

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan