Suami Anita Rafar Meninggal Dunia Dalam Pesawat

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 7:48 PM

Anita Rafar (kiri) bersama suami. Foto instagram @lindarafar

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Zainal Osman Mohd, suami pelakon Datin Anita Rafar, meninggal dunia di dalam pesawat semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Dubai pada Khamis.

Ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 60-an itu dipercayai mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia kira-kira 6 pagi.

Berita kematian Zainal Osman disahkan oleh adik-adik Anita iaitu Linda dan Diana, yang juga pelakon, melalui laman Instagram masing-masing pada Khamis.

Berikutan kematiannya, jenazah allahyarham kemudian diturunkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India untuk dibawa ke sebuah hospital bagi tujuan bedah siasat.

Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui. 

Difahamkan, Konsulat Jeneral Malaysia di India akan membantu urusan membawa pulang jenazah allahyarham ke tanah air, sebelum dibawa ke kediamannya di Seksyen 6 di sini.

Anita pernah aktif berlakon bersama adik-adiknya suatu masa dahulu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Anita Rafar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan