Nabil Ahmad & Sherry Al-Hadad Hos FFM28 Kali Kedua

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 5:30 AM

Sherry Al-Hadad dan Nabil Ahmad dipilih sebagai hos FFM 28.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawak popular Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad sekali lagi dipilih untuk mengendalikan malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).

Majlis pengiktirafan filem Malaysia ini akan berlangsung pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Manakala, pelakon Sharifah Shahora dan Wan Syarul bertindak sebagai pengacara pada malam perasmian yang berlangsung pada 1 September di Studio Soundstage, Finas, Ulu Klang.

Antara selebriti dan pengiat seni yang datang pada majlis sidang media FFM28. 

Majlis pada malam perasmian akan mengiktiraf sebanyak sepuluh anugerah awal FFM28.

Ia akan dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal iaitu Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat Amdan, Tomok, Lan (Typewriter), Man Bai, Maman (Teacher's Pet), Dewi Liana Seriestha, Ernie Zakri dan Back to Basixx.

Selain itu, seramai 21 penggiat seni tanah air terlibat dalam penyampaian trofi kemenangan pada malam kemuncak FFM28.

Kumpulan Back to Basixx.

Antara yang bakal menyampaikan anugerah ialah Fauziah Ahmad Daud, Shaheizy Sam, Maya Karin, Thumb Suhaimi, Aziz M. Osman, Dr Mahadi J.Murat, Khir Rahman, Tunku Mona Riza, Mamat Khalid dan Ghaz Abu Bakar.

Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan daripada 1 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2016.

Filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan mendahului senarai FFM28 apabila menerima sebanyak 14 pencalonan.


pemenang bakal menerima trofi yang terdapat kepingan emas 916. 

Filem tersebut turut menerima saingan daripada filem Polis Evo, Munafik, Nota, Jejak Warriors, Mat Moto, Ola Bola, Maravan, Jagat, Huat The Fish dan The Kid From The Big Apple.

Sementara itu, seperti tahun lalu pemenang tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.

FFM28 akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Tags / Kata Kunci: FFM28 , Nabil Ahmad , Sherry Alhadad

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan