'Jangan Dengar Mulut Orang' - Kamal Adli Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong Putus - Berita Hiburan | mStar

'Jangan Dengar Mulut Orang' - Kamal Adli Ulas Hubungan Dengan Emma Maembong Putus

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 6:00 AM

Hubungan Kamal dan Emma dikatakan sedang bermasalah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli meminta orang ramai termasuk pihak media agar tidak mendapatkan berita berkaitan hubungannya dengan aktres Emma Maembong menerusi orang luar yang akan memburukkan lagi hubungan berkenaan.

Kamal, 30, berkata, dia sudah bertemu dengan pelakon drama Jodoh Sebelah Pintu itu selepas pulang daripada penggambaran di Barcelona, Sepanyol beberapa hari lalu bagi memperbaiki hubungan yang dilaporkan berantakan sejak minggu lalu.

"Jangan dengar cakap orang luar tentang hubungan saya dan Emma, selagi ia belum keluar daripada mulut kami berdua bermakna hubungan kami belum lagi berakhir.

"Saya sudah bertemu dengan Emma dan kami sedang berusaha memperbaiki hubungan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Kamal diminta penjelasan tentang laporan berita di ruangan pojok akhbar mingguan bahawa hubungan dia dan Emma Maembong sudah berakhir.

Laporan itu mengatakan berita perpisahan tersebut disahkan oleh seorang rakan rapat aktres berkenaan.

Dalam pada itu, Kamal berkata, dia sudah penat untuk melayan berita berkaitan hubungan cintanya itu.

"Saya sudah penat nak layan berita begini, biarlah orang mahu cakap apa tentang hubungan kami.

"Saya nak berdiam sahaja dan kalau betul sudah putus saya akan beritahunya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang bapa aktres tersebut Ismail Embong yang terlibat dalam kes samun baru-baru ini, Kamal berkata dia masih belum berkesempatan untuk melawat pelukis terkenal itu.

"Saya tahu tentang berita itu, beliau tidak ditahan di wad dan sekarang duduk di rumah kakak Emma, setakat ini belum sempat melawat lagi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kamal Adli
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan