Mahkamah Perintah Awie Bayar Nafkah Anak RM4,000 Serta-Merta

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2016 12:45 PM

Awie

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie diperintahkan membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan berkuatkuasa serta mereta kepada dua anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

Perintah itu dikeluarkan oleh hakim syarie, makhamah rendah syariah di sini iaitu Che Saupi Che Husin  pada Isnin selepas mengambil kira kemampuan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, selaku defenden dan serta keterangan Rozana, 38, selaku plantif.

Dua anak itu ialah Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan mereka iaitu Putra Ahmad Merah, 9,  tinggal bersama Awie.

Jumlah bayaran itu ialah nafkah bulanan merangkumi makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain keperluan iaitu sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal anak-anaknya itu pula sebanyak RM1,000.

Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana iaitu pada 5 hari bulan pada setiap bulan.

Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.

Rozana memfailkan tuntutan nafkah berkenaan mengikut Seksyen 73 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan