Zizan Saran Artis Baharu Dihimpit Kontroversi Beri Kerjasama Pada Media

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 5:30 AM

Zizan Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak menyarankan artis baharu agar sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak media terutama apabila terkait kontroversi.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, berkata, sebagai selebriti mereka perlu memberikan sebuah jawapan kepada pihak media bagi memudahkan kerja masing-masing.

"Saya ingin nasihatkan artis baru agar beri kerjasama pada media dalam menjawab sesuatu isu kerana saya lihat ia daripada sudut pekerjaan.

"Alhamdulillah, walau sering dihimpit kontroversi saya tidak pernah lari. Jika saya belum bersedia untuk beri jawapan saya cakap sahaja belum bersedia," ujarnya.

Zizan ditemui pada majlis memperkenalkan pelajar Akademi Fantasia 2016, baru-baru ini.

Zizan Razak jadi hos AF2016.

Pelakon Polis Evo ini dipilih menjadi hos AF2016 bagi tahun keempat.

Tambah Zizan, kontroversi merupakan salah satu harga yang perlu dibayar oleh seseorang selebriti apabila menceburkan diri dalam industri hiburan.

"Ramai artis baru yang tidak faham dan cakap media buat cerita buruk pada mereka dan tidak mahu beri kerjasama.

"Mereka sepatutnya tahu apabila sudah jadi artis itu adalah perkara yang perlu mereka hadapi.

"Bagi saya kontroversi itu lumrah dalam dunia seni dan Alhamdulillah setakat ini rezeki yang saya terima tidak goyang dengan kontroversi yang pernah menghimpit saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia juga sedang dalam proses perbincangan untuk filem Polis Evo 2 dan filem Indonesia bersama pelakon Acha Septriasa dan Reza Rahadian.

Tags / Kata Kunci: Zizan Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan