Eka Sharif Muncul Single Pertama Lepas Popular Di 'Smule'

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 5:00 AM

Eka Sharif

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas meraih populariti di aplikasi nyanyian 'Smule', penyanyi baharu Eka Sharif akhirnya keluar dengan single pertama berjudul Mengenal Cinta.

Eka atau nama sebenarnya Nur Atiqah Binti Shariffudin, 27, berkata, lagu bergenre pop itu merupakan hasil ciptaanya sendiri  dengan kerjasama Ardiv Jauhari.

"Setelah lama mendiam diri dalam industri saya akan muncul dengan mempertaruhkan single terbaharu berjudul Mengenal Cinta.

"Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang baharu pertama kali bercinta dan belajar untuk setia dengan pasangannya," ujarnya.

Eka Sharif sebelum ini pernah menyertai Akademi Fantasia 9 dan kemudian bergerak secara duo dengan kumpulan Hanarose.

Bagaimanapun, kerjaya nyanyiannya kurang mendapat sambutan sebelum muncul dikenali menerusi aplikasi Smule.

Dia menyanyikan semula lagu Sudah Ku Tahu daripada Projector Band bersama Khai Bahar mendapat lebih satu juta tontonan di Youtube.

Eka Sharif kini bernaung di bawah syarikat rakaman MAP Music.

Lagu Mengenal Cinta dijangka akan disiarkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Eka Sharif

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan