Mas Idayu Diterima Di Indonesia Kerana Pertahankan Bahasa Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 5:30 AM

Mas Idayu bakal lancar single berjudul Nafsu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Mas Idayu memberitahu prinsipnya mengekalkan bahasa Malaysia dalam pertuturan menerusi program realiti Indonesia menjadikan dia diterima masyarakat negara jiran itu.

Mas Idayu, 47, berkata, dia turut menegur peserta atau artis dari negara ini yang ingin ke negara seberang itu agar terus mengekalkan penggunaan bahasa Malaysia daripada terikut-ikut kepada bahasa Indonesia.

"Alhamdulillah, cara saya menggunakan bahasa Malaysia ketika menjadi juri di program D'Academy Asia dan D'Academy Celebrity disukai oleh penonton dan termasuk pihak stesen televisyen Indosiar.

"Malah, saya menegur peserta-paserta dari Malaysia agar tidak terikut-ikut untuk bercakap bahasa Indonesia. Pihak Indosiar sendiri setuju agar saya terus menggunakan bahasa Malaysia kerana ia dapat membezakan antara Malaysia dan Indonesia," ujarnya kepada mStar Online

Mas Idayu diterima di Indonesia.

Mas Idayu kini popular apabila dilantik sebagai juri di beberapa program realiti nyanyian terbitan stesen televisyen Indosiar, Indonesia.

Penyanyi lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan ini mengakui melalui jalan mudah untuk dikenali dan mendapat perhatian di negara seberang itu.

Katanya, dia juga ditawarkan untuk merakamkan sebuah lagu berjudul Nafsu ciptaan komposer Caca Handika yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Saya bersyukur apabila diterima dengan mudah di Indonesia dan kini mempunyai kelompok peminat sendiri. Pengikut laman sosial saya juga sudah meningkat ke 800,000 di Instagram.

"Pihak Indosiar juga membuat sebuah lagu dangdut berjudul Nafsu untuk saya dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi," ujarnya.

Mas Idayu berkata, dia balik ke Malaysia untuk beberapa bulan bagi menjadi juri di Akademi Fantasia 2016 yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini.

Katanya, dia bakal ke Indonesia semula pada Oktober depan untuk terlibat dalam program D'Academy Asia untuk musim baharu.

"Saya balik untuk beberapa minggu bagi menjadi juri AF2016 selepas itu pada Oktober saya akan kembali ke Indonesia semua untuk jadi juri program D'Academy Asia.

"Kali ini lebih ramai kerana ada enam negara bertanding termasuk Timor Laste dan Thailand. Saya juga dimaklumkan peserta dari Malaysia juga mantap dan ada suara yang bagus," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Mas Idayu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan