Tetak: Bapa Emma Maembong Stabil, Sudah Pulang Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 5:40 PM

Emma Maembong bersama ayahnya Ismail. Foto dari Instagram Ismail Embong.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon wanita popular, Emma Maembong iaitu Ismail Embong, 68, yang cedera ditetak dalam kejadian samun pada Khamis berada dalam keadaan stabil dan beransur baik.

Kakak aktres itu, Shikin Maembong berkata, bapanya dibenarkan pulang ke rumah kira-kira pukul 12 malam Khamis selepas mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Alhamdulillah, selepas mendapat rawatan dan berehat keadaan ayah semakin baik dari kecederaan yang dialaminya dalam kejadian samun itu.

"Semalam selepas selesai dirawat di unit kecemasan HKL, ayah dibenarkan pulang ke rumah kira-kira pukul 12 malam," ujarnya kepada mStar Online.

SILA KLIK: Bapa Emma Maembong Cedera Ditetak

Dia dihubungi bagi mendapatkan perkembangan tentang keadaan pelukis terkenal itu yang dilaporkan disamun di rumahnya di  Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka pada petang Khamis.

Ismail yang duduk berseorangan di rumah sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang itu kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit.

Sementara itu, Shikin berkata, bapanya kini sedang berehat dan setakat ini belum ada sebarang perkembangan daripada pihak polis.

"Buat masa ini tidak tahu nak cakap keadaan dia (ayah) trauma atau tidak sebab dia masih lagi berehat. Pihak polis pula belum ada bagi apa-apa perkembangan tentang penyamun itu," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Emma Maembong

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan