"Jangan Pertikaikan Gelaran Datuk Saya" - Ifa Raziah

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 3:17 PM

Ifa Raziah enggan berkongsi maklumat terperinci mengenai gelaran Datuk yang diterimanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Ifa Raziah berkata, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk diterimanya adalah daripada penganugerahan yang sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 41, berkata, darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya pada Januari lalu itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.

"Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja," ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Ifa Raziah diminta komen berhubung isu itu selepas ia diperkatakan dalam forum hiburan di internet.

Dalam pada itu, Ifa berkata dia menerima gelaran tersebut sebagai satu penghormatan terbesar buat dirinya.

Gelaran Datuk satu penghormatan buat Ifa Raziah.

Namun, dia tidak kisah sama ada mahu dipanggil dengan gelaran tersebut atau tidak dalam industri seni.

"Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.

"Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang beberapa pihak yang masih mempersoalkan gelaran tersebut, Ifa berkata, layak atau tidak dia menerima anugerah itu perlu ditanya kepada pihak yang menganugerahkannya.

"Tidak apalah kalau ada orang yang mempertikaikan gelaran itu, saya hanya tersenyum, sama ada layak atau tidak hanya pihak yang memberikan gelaran itu sahaja yang tahu. Siapalah kita untuk mempertikaikannya," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Ifa Raziah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan