Ariff Aziz Mahu Jadi Penyanyi, Akhirnya Bergelar Pelakon

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 5:50 AM

Ariff tidak pernah menyangka akan terbabit dalam bidang lakonan kerana cita-cita asalnya adalah untuk bergelar penyanyi. Foto RAYMOND OOI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 iaitu Ariff Aziz tidak pernah menyangka akan terbabit dalam bidang lakonan kerana cita-cita asalnya adalah untuk bergelar penyanyi.

Ariff atau nama sebenarnya Wan Izme Ariff Abdul Aziz, 27, berkata, dia juga tidak pernah merasakan mempunyai bakat sebagai pelakon namun peluang pertama diberikan kepadanya tiga tahun lalu menerbitkan rasa cinta terhadap bidang lakonan.

"Jujurnya saya tidak pernah berhasrat untuk bergelar pelakon kerana minat saya dalam nyanyian tetapi peluang diberikan selepas menyertai Pencarian Lelaki Maskulin tiga tahun lalu mengubah laluan karier saya.

"Saya suka berlakon kerana menerusi medium itu banyak yang dapat saya pelajari tentang pembinaan sesuatu watak dan ia sebenarnya tugas mencabar.

"Alhamdulillah banyak peluang diberikan kepada saya termasuk berpeluang berlakon dibawah arahan pengarah terkenal Osman Ali menerusi drama Alien Planet Cinta," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Ariff, dia pernah mengambil keputusan meninggalkan bidang lakonan sebelum ini bagi membantu keluarganya menguruskan perniagaan.

Ariff semakin selesa bergelar pelakon.

Pun begitu katanya, minat mendalam terhadap lakonan membuatkan dia kembali aktif berlakon sejak tahun lalu dan muncul menerusi beberapa buah drama bersiri termasuk Tentang Hati 2 dan Akadku Yang Terakhir.

"Saya ambil keputusan itu kerana ingin menceburi bidang perniagaan dan hampir setahun saya tidak berlakon.

"Namun minat terhadap lakonan sudah menebal dan saya nekad untuk kembali berlakon dan Alhamdulillah tawaran pun semakin banyak," katanya.

Sementara itu, Ariff berkata, bagi memastikan karier seninya berada dilandasan betul dia turut menyertai syarikat pengurusan iaitu Uprising Entertainment.

"Alhamdulillah sebelum ini saya gerak sendiri dan sekarang apabila kerjaya diuruskan oleh pihak profesional ia lebih tersusun," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ariff berkata, dia juga bakal melancarkan karier muziknya apabila dilamar oleh penyanyi dan komposer Awi Rafael untuk menyertai sebuah kumpulan baharu.

Selain itu, Ariff berkata, dua drama terbaharu lakonannya Curi-Curi Cinta dan Tuhan Jagakan Dia akan ditayangkan dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Ariff Aziz

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan