Pelawak Veteran Pie Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 10:25 PM

Gambar kenangan Pie (dari kiri) bersama M. Shariff dan Maidin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak veteran Pie atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar, 85, meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang kira-kira pukul 9 malam Khamis akibat sakit tua.

Anaknya Subariah Shafiee, 53, berkata, sejak seminggu lalu kesihatan arwah semakin merosot dan tidak lalu makan selain kelihatan penat.

“Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Pie menerima penganugerahan Tokoh Seni Budaya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada 2015.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.

Sebelum ini Allahyarham pernah menjadi mangsa pengguna Internet apabila dia dikatakan sudah meninggal dunia namun pelakon itu meminta agar penyebaran berita palsu tersebut perlu dihentikan.

Sepanjang hayatnya Allahyarham banyak berlakon dalam filem komedi antaranya Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Cinta Rosevilla, Bas Konduktor dan Mami Jarum.

Allahyarham juga sinonim bergandingan dengan teman baiknya yang juga berasal dari Pulau Pinang iaitu Maidin.

Selain berlakon, Allahyarham pernah menghasilkan album bersama Maidin dan juga M. Sharif.

Maidin meninggal dunia dalam solat pada 13 Ogos 2014.
Tags / Kata Kunci: Pie

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan