FFM28: Finas Keluarkan Syarat Baharu Pemansuhan Kategori Bukan BM

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menetapkan beberapa syarat baharu susulan arahan menteri agar kategori utama dalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28) disertai semua karya bertanding selain pengenalan kategori baharu iaitu Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan.

Finas dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Khamis memaklumkan, tiga kategori yang berada dalam kumpulan Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia sebelum ini iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik dimansuhkan.

Kata kenyataan itu, calon-calon akhir bagi kategori yang dimansuhkan itu secara automatiknya dipertandingkan bersama calon sedia ada di dalam kategori Filem Terbaik FFM28, Pengarah Terbaik FFM28 dan Lakon Layar Terbaik FFM28.

Bagi Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pula, calon-calon akhir bagi kategori ini ialah lima buah filem daripada calon filem Terbaik FFM28 yang menggunakan Bahasa Kebangsaan iaitu Nota, Polis Evo, Munafik, Mat Moto-Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit dan Jejak Warriors.

Bagaimanapun kategori lain adalah kekal dan tidak berubah.

Terdahulu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengumumkan terdapat perbezaan dalam penganjuran FFM kali ini apabila isu pengasingan karya berasaskan bahasa diperkenalkan.

Filem-filem seperti OlaBola, Jagat dan The Kid From The Big Apple tidak dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Sebaliknya, filem-filem popular itu dicalonkan dalam kategori bukan Bahasa Malaysia untuk Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Keputusan itu mendapat bantahan ramai sehingga menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Rabu mengarahkan penyertaan bagi anuegrah Filem Terbaik FFM28 dibuka kepada semua calon tanpa mengira bahasa yang digunakan dalam karya-karya berkenaan.

Bagaimanapun bagi memartabatkan bahasa kebangsaan, kategori Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan diperkenalkan.
Tags / Kata Kunci: Finas , FFM28 , Festival Filem

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan